Friday, February 24, 2017

Pembahagi ruang a.k.a room divider/partition

Lama dah aku nak buat divider nih. Plan asal nak buat yang parmenant, tapi ada bantahan dari pihak sebelah. Pening aku...asik kena bantah je. Jadiknya, aku beli ni senyap-senyap. Kasi surprise saja sama dia hahahaha. 


Mudah alih...bole letak ikut suka
Aku jumpa divider ni kat blog. Stalk punya stalk...oh ada fb rupanya. Tapi both macam tak berapa nak updated. Aku rasa brader jual ni paling aktif update kat insta. Sapa ada insta bole la stalk situ (link ada kat akhir entry ni).

Aku memang purposely pilih design & kaler yang macam ni. Aku tak mau menonjol sangat. Ye la..tujuannya pun untuk tutup ruang dapur tu. Kang kalau menyerlah sangat, berduyun pulak orang lepak kat dapur mini aku tu hihi. Lagi satu, divider ni yang bestnya bole susun ikut suka. Agak-agak da bosan dia duduk tegak gitu, bole susun bentuk L ke...W ke... Nak pindah nanti pun takda hal, bole angkut sekali.

Dah ada divider ni, nampak kemas la sikit. Tertutup dari pandangan segala blender oven microwave rice cooker kat dapur tu haha. Puas hati dapat seketul benda ni!

Closeup. I like corak dia

Size divider ni 6 kaki tinggi x 6 kaki lebar. Tapak tu saiz dia 1 kaki. Sapa berminat, bole ke sini:
Blog: http://www.panji.my/
FB: https://www.facebook.com/dividerpartition
Insta: https://www.instagram.com/cheapest_deco/

Sekian iklan tak berbayar hehe.


2 comments: