Thursday, December 22, 2016

Anak Demam

Kisah pagi-pagi buta semalam...

Baby boy ku demam panas. Macam biasalah, panasnya on off bergantung pada kesan ubat. Sementara nak tunggu suhu badan baby boy ni turun, meh kita 'bersihkan sawang' blog nih.

Dah lebih sejam ni berjaga. Pukul 3pagi tadi terjaga anak nangis. Bila sentuh badan dia, amboi panas betul. Segar terus mataku sambil bangun kejutkan pasukan bantuan haha. Check suhu, 39°C++. Apalagi...terus la pegi amik tuala kecik dengan air suam-suam kuku sebesen kecik. Terus lapkan badan dia. Pasukan bantuan pula siap sedia nak masukkan ubat punggung.

Lepas bagi ubat, aku teruskan aktiviti lap-lap badan. Sesekali check suhu di beberapa bahagian badan dia. Pasukan bantuan dah selesai tugas, bole sambung tidur sebab esok nak masuk ofis pula. Aku takpa, esok siang bole tidur bila ada masa yang sesuai.

Ni alhamdulillah suhu dah turun 37°C. Anak pun dah tidur. Pampes pun da tukar. Maka, boleh la kita tidur-tidur ayam sebelah anak. Ni dah masuk hari ke-3 anakku ni demam. So siang nanti kalau panas datang lagi, kena bawak pegi jumpa dokter lagi. Moga cepat sembuh my little hero!


No comments:

Post a Comment