Monday, December 26, 2016

Akikah

Sentap pula hati makcik ni. Tu haa pakcik ngko nak buat akikah, tapi segala perancangan tak dibagitau pun ke makcik! Makcik tau pun sebab ada orang lain bagitau. Dari A sampai ke Z langsung tak bisik sikit pun ke makcik ni. Sibuk merencana dengan orang lain ibarat anak itu bukan anak makcik, makcik tak perlu tau apa-apa. What the hell ko pakciknya?!

Makcik tau la makcik ni tak keje. Duit kepuk kepuk kepuk kepuk 4x tu semua ekau yang punya. Tapi ko mesti ingat pakciknya, anak itu ana yang usung sana sini dalam rahim ana ni. Bukan sekejap. Melahirkan pun ana yang rasa, ente duk tepi tengok saje. 4 hari ana sorang-sorang berjaga di spital tanpa ente. Banyak lagi kalau nak diungkit...katalah aku tak ikhlas. Tapi kalau x diingatkan hang memang tak tau. Ibarat semua berlalu dengan aman-aman aja. 

Sekarang ni tinggal tunggu hari kenduri saja sebab semua pakcik ko dah plan baik punya. Tahniah la pakciknya.

Mungkin pakcik ko tu tak tahu, makcik ni dah lama berhajat nak buat sendiri kenduri akikah anak. Dari anak pertama lagi tahu tak pakciknya?? 

Gambar ihsan google.

Sekian drama sendu tengahari ni hehe. Jangan sentap-sentap yah. Sapa-sapa nak info tentang akikah, boleh tengok >> sini <<


No comments:

Post a Comment