Saturday, December 31, 2016

Bye bye 2016

Berjaya lepaskan diri dari belenggu hutang seperti yang dirancang hehe. Yang lain-lain tu, alhamdulillah biasa-biasa sahaja. Semoga tahun 2017 nanti terisi dengan momen-momen yang lebih indah.

Pendeknya entry. Macam status fb pula haha!


Wednesday, December 28, 2016

Dahlia

Anak aku nampak ada biskut dahlia dalam katalog tupperware. Lalu direquestnya sebalang. Emmm...best juga kalau dapat makan biskut ni. Nak tunggu raya lambat lagi. Jadi kena buat sendiri la jawabnya.

Hasil pencarian di fb, aku decide untuk try resepi dari kak Azlina Ina. Aku buat setengah adunan saja. Manatau tak jadi kan. Mudah saja rupanya. Seronok buat dengan anak-anak.

Sebelum dibakar

Sedang dibakar

Dah siap!!

Sekian. Next time buat lagi hehe


Monday, December 26, 2016

Akikah

Sentap pula hati makcik ni. Tu haa pakcik ngko nak buat akikah, tapi segala perancangan tak dibagitau pun ke makcik! Makcik tau pun sebab ada orang lain bagitau. Dari A sampai ke Z langsung tak bisik sikit pun ke makcik ni. Sibuk merencana dengan orang lain ibarat anak itu bukan anak makcik, makcik tak perlu tau apa-apa. What the hell ko pakciknya?!

Makcik tau la makcik ni tak keje. Duit kepuk kepuk kepuk kepuk 4x tu semua ekau yang punya. Tapi ko mesti ingat pakciknya, anak itu ana yang usung sana sini dalam rahim ana ni. Bukan sekejap. Melahirkan pun ana yang rasa, ente duk tepi tengok saje. 4 hari ana sorang-sorang berjaga di spital tanpa ente. Banyak lagi kalau nak diungkit...katalah aku tak ikhlas. Tapi kalau x diingatkan hang memang tak tau. Ibarat semua berlalu dengan aman-aman aja. 

Sekarang ni tinggal tunggu hari kenduri saja sebab semua pakcik ko dah plan baik punya. Tahniah la pakciknya.

Mungkin pakcik ko tu tak tahu, makcik ni dah lama berhajat nak buat sendiri kenduri akikah anak. Dari anak pertama lagi tahu tak pakciknya?? 

Gambar ihsan google.

Sekian drama sendu tengahari ni hehe. Jangan sentap-sentap yah. Sapa-sapa nak info tentang akikah, boleh tengok >> sini <<


Thursday, December 22, 2016

Kuih Ketayap

Demam little hero dah ok. Paling panas pun tak cecah 38°C. Setelah memberikan extra effort untuk jaga anak yang demam, so harini kita belanja la pasukan bantuan dengan kuih kegemaran dia. First time buat ni. Ikut resepi kat google je...

Tadaa...antara yang cun rupanya. Rasa semua sama.

Haa...macam-macam bentuk jadiknya. Gemuk, panjang, slim, pendek, berlobang-lobang, koyak-koyak...hahaha. Dari segi rasa, macam kuih kat hotel beb!! Haha kidding. Rasanya biasa-biasa saja. Bole la buat makan anak beranak...next time buat lebih bole bagi kat jiran sebelah.


Anak Demam

Kisah pagi-pagi buta semalam...

Baby boy ku demam panas. Macam biasalah, panasnya on off bergantung pada kesan ubat. Sementara nak tunggu suhu badan baby boy ni turun, meh kita 'bersihkan sawang' blog nih.

Dah lebih sejam ni berjaga. Pukul 3pagi tadi terjaga anak nangis. Bila sentuh badan dia, amboi panas betul. Segar terus mataku sambil bangun kejutkan pasukan bantuan haha. Check suhu, 39°C++. Apalagi...terus la pegi amik tuala kecik dengan air suam-suam kuku sebesen kecik. Terus lapkan badan dia. Pasukan bantuan pula siap sedia nak masukkan ubat punggung.

Lepas bagi ubat, aku teruskan aktiviti lap-lap badan. Sesekali check suhu di beberapa bahagian badan dia. Pasukan bantuan dah selesai tugas, bole sambung tidur sebab esok nak masuk ofis pula. Aku takpa, esok siang bole tidur bila ada masa yang sesuai.

Ni alhamdulillah suhu dah turun 37°C. Anak pun dah tidur. Pampes pun da tukar. Maka, boleh la kita tidur-tidur ayam sebelah anak. Ni dah masuk hari ke-3 anakku ni demam. So siang nanti kalau panas datang lagi, kena bawak pegi jumpa dokter lagi. Moga cepat sembuh my little hero!


Sunday, December 18, 2016

Kek Coklat Moist

Sebenarnya nak buat kek coklat cheese yang tengah viral tu. Tapi anak-anak tak berapa suka makan cheese (begitu juga dengan emaknya haha). Maka buatlah kek coklat moist biasa. Letak nipis filling coklat cheese dan topping coklat ganache...dan hias dengan cheese putih (lorek guna pisau saja hehe)

Letak atas tutup periuk pun jadik..haha!
Tik tok...tik tok...siap!! Next time buat dalam bekas kecik-kecik pulak ^_^


Tuesday, December 6, 2016

Kek Lapis Masam Manis

Kali ni try buat kek lapis masam manis pula. Setelah kek lapis cadbury haritu menjadi dengan horror nya, maka kali ni ada sedikit kurang keyakinan. Tapi tak apa, kita cuba saja. Dan hasilnya....not bad ^_^. Sebagai newbie, saya amat berpuas hati dengan hasil melapis kali ni.

Rupa asal. No filter no edit.

Sangat moist tapi agak manis


Seperti biasa, housemate menjadi mangsa kerana mereka perlu mengambil risiko mencuba hasil baking saya yang kadang menjadi, selalunya tak menjadi...hahaha. Tapi kali ni, jumlah tester bertambah. Kebetulan keluarga ipar saya datang bertandang. Terima kasih sudi mencuba. Maaf sebab masih belum perfect kejadian kek lapisnya.

Next time kita try lagi dengan sedikit penambahbaikan di mana-mana yang perlu.