Saturday, November 26, 2016

Birthday Boy

Harini genap setahun usia Umar, anak mama. Hasrat nak bake sendiri kek birthday tak kesampaian pula. Lain kali lah huhu. Disebabkan memang niat nak bagi budak-budak ni makan kek harini, jadi beli sajalah jawabnya.

Lepas ambik anak dari tadika, kami ke kedai kek. Dalam kepala ni dah plan nak pegi Mr.DIY beli deko-deko untuk birthday party (party lah sangat kan hahaha). Tapi tak jadi. Sebabnya birthday boy dah ter'poo-poo'. Dah sampai kedai kek ni...maka terus la masuk kedai oder kek itu ini dan terus balik. Mana nak tau dia nak 'melepas' sebab tadi sebelum keluar dia dah ada poo-poo sekali dah huhu.

Dah balik tu aku malas la nak keluar lagi pegi cari deko. Tak payah la...Dan terus la terkocoh-kocoh goreng mi...mi nenek nama dia hahaha. Sebabnya, time balik kampung haritu nenek (mak aku) ada goreng mi ni & anak-anak aku suka betul dengan mi ni. Bukan anak-anak je, aku pun suka! Dah siap goreng mi, sambung prepare itu ini. Dalam pukul 2ptg camtu settle. Dah boleh makan hehehe.

Event: Birthday Umar
Attendee: Mama, Kakak, Abang, Birthday Boy. (Abah xde sebab abah keje)
Menu: Kek 4 potong 4 jenis, mi nenek, kek pandan kukus, rainbow cookies (kek pandan kukus & rainbow cookies ni jugalah yang kakak bawa pegi tadika pagi tadi untuk jamuan...kongsi menu gitu hehe), air kosong je

Hahh...meriah uols!! ^_^

Lagi 3 ni simpan untuk makan dengan abah

Homemade Rainbow Cookies

Homemade Kek Kukus Pandan Premium hehe


Last sekali, Birthday Boy terbalikkan mangkuk mi mama ke lantai. Nasib la semua dah kenyang...dan nasib juga tinggal beberapa urat mi + bawang-bawangan je dalam mangkuk tu haha!

Alhamdulillah...happy tummy, happy family ^_^
Esok atau lusa turn abah pulak belanja kita makan...belated birthday gitu (^_^)v


Saturday, November 19, 2016

Kek Lapis Cadbury...1st try versi cobaaaannnnn T_T

6jam yang sia-sia. Mari kita berhuhu malam ni...

Bermula dengan bahan tak cukup, gigih jugak meredah cuaca yang mendung2 nak hujan untuk pegi beli stok bahan. Angkut anak2 dengan adik ku skali.

Pastu time nak mula sediakan bahan timbang2 semua, anak kecik pula meragam. Lapar agaknya. Settle tu, anak2 yang besar sikit pulak nak itu nak ini. Biasa la, time aku melepak melepek tak tau nak buat apa diorang x kacau. Time aku ada kerja atau nak tido, time tu jugak la request diorang menderu-deru datang ke aku haha.

Time melapis pulak, anak2 cuit-cuit coklat aku. Aih...tak bagi kesian pulak. Masa membakar melapis, asik penuh je meja ni dengan diorang. Main itu main ini, amik cake tester cucuk2 kek huhu...sabar jela.

Kek lapis tak menjadi kali ni. Rugi butter mahal ku 450g, teloq 10 bijik, tepung, gula, susu pekat, coklat, letrik, air, tenaga, etc... Paling rugi is masa rehat & bonding time ku with the family yang pergi begitu sahaja...waaaaaa

Ni dah tak jadi ni, laki ku pulak tanya2 kenapa x jadi, kenapa itu, kenapa ini...huhuhu macam pesalah kena soal siasat huhu. Dia x marah..tapi yela, dia yang keluar modal belikan semua kan.

Sedih wey!! Jaga kau kek lapis cadbury...esok2 aku try lagi!! Nak nangis tak berlagu dulu...waaaaa!!!

Hasil bedah siasat...mmmmm

Dah...tidur lah. Mimpikan yang indah2 saja T_T


Sunday, November 13, 2016

Terima Kasih ^_^

Hadiah 6 bulan+ jadi surirumah sepenuh masa...hahaha. Terima kasih Allah, kurniakan rezeki yang tak putus buat kami. Terima kasih awak, berkongsi rezeki dengan kami ^_^

wangi la kami pasni...hohoho


makin mudah kami nak mix2 ^_^

Moga di setiap pemberian MU, kami tak lupa untuk bersyukur.
Moga di setiap perkongsianmu, membawa rahmat dan senyuman buat kita dan mereka.
Moga di setiap doaku, ada kamu...kita...dan mereka ^_^