Friday, August 26, 2016

Bila Kek Jadi BINGKA huhuhu

Haritu aku buat magik kek. Konon-konon nak buat kek, tapi jadi bingka. Huahahaha. Actually, bukanlah rupa bingka sangat, tapi lebih kepada tak naik (kembang). Kelakar ada...sedih pun ada. Newbie in baking la katakan. Rasanya ni kali kedua aku buat kek pisang x jadi. Tak menjadi aje kek ku hehe. Housemate ku senyum sinis je...cis!!

Bingka Pisang huhuhu

Kejadian "bingka" yang tak disengajakan tu hanyalah suatu cabaran dalam baking mem'baking' nih. Kita belajar dari kesilapan ya. Kesilapan kali ni, aku rasa aku pukul gula + telur lama sangat. Plus, bila masuk tepung, speed mixer tu still laju macam masa pukul gula + telur. Boleh rujuk kat >>sini<< kalau nak tau kenapa kek x menjadi.

Dah tak jadi tu, aku try la buat lagi. Sementara stok pisang masih elok. Alhamdulillah...kali ni marvelous!! Yiiiiihaaaaa hahahaa

Next try, kek naik elok je...yeahh!!

Haaa...amekau!! Gebu gitu hehe
Lagi sebulan dua kena try buat kek ni lagi. Asah skill maa...hehe. Next time kena buat lebih sikit. Bole bagi jiran sebelah ni. Kesian jiran asik bau kek je...bukan tak mau bagi kak, keknye x jadik. Kalau jadik tak cukup pulak hihi. Insyaallah next time ye ^_^


Thursday, August 25, 2016

Happy Birthday Kids!!

Sihat itu mahal harganya...uhuk uhukk...

Dalam keadaan yang tak berapa sihat, sempat jugak aku siapkan kek birthday dan brownies untuk budak2 ni. Birthday dekat2...so sambut sekali je. Jimat...juga mengelakkan pengambilan gula dan lemak yang berlebihan haha. Anak sulung kata "Mama..x sedap lah krim putih ni...". Huhuhu... Makanya, next time kena tukar krim coklat la nampaknya.

Hepi Birthday anak-anak ^_^

Rainbow Cake with KitKat n M&M deco...and brownies

Anak sulung dah petah bercakap...5tahun. Yang kedua 3tahun, masih terkulat2 nak sebut 1 perkataan penuh...tapi pada aku ok je sebab dia memang dah banyak improve sepanjang 9bulan ni.

Hepi birthday anak2 mama. Mama & abah sayang kamu, kamu dan kamu ^_^

Tuesday, August 2, 2016

Jemput Jemput Pisang

Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti...
Tapi kalau dah masak seguni, x sempat nak makan habis semua hehe





Sesuai untuk minum petang...kalau rajin, buat lebih sikit bagi kat jiran sebelah ^_^