Friday, July 22, 2016

kek batik untuk jamuan tadika

Pagi ni ada jamuan hari raya kat tadika anak. Makanya, lepas ja dapat jemputan, aku dengan pantas terfikir nak buat kek batik untuk jamuan tu. Mudah dan pantas....dan juga sedap! Kalau nak buat kek lapis boleh juga, cuma amik masa yang agak lama untuk bakar selapis-selapis. Maybe next time lah, tunggu si bongsu ku ni kurang sikit ragamnya. Sekarang ni tak bole nak mengadap kerja lain lama-lama, mula lah dia buat drama sambil tarik kaki ku ni...hahaha.

So...ni lah hasilnya. Aku guna resepi keramat hehehehe. Ada sapa nak oder? ^_^

Nah...hasil untuk disejukkan dlm peti ais

Sebahagian utk dibawa ke tadika ^_^
Rasa kek ni agak kurang manis. Memang saja kurangkan manis...untuk budak2 kan. Harap tetamu kanak2 nanti enjoy lah makan kek batik makcik ni ye ^_^.

Sampai berjumpa lagi. Daaa ~~~