Friday, March 25, 2016

Idea...

Yaaaa...idea suda mari. Itu diaaa.... Idea apa? Aku tak mau bagitau sekarang, nanti ko tiru haha. Kedekut kan aku? Muahahahaha. Demi survival diri untuk hari-hari mendatang...harapnya tak melingkup lah ya hehe. Kalau melingkup macamana? Ahhh...y care so much? It's nothing to do with you pun. So, rilek2 sudaa ^_^

"Aihhh...sok kerja. Anak kecik ni still x mau tidur. Belum sampai time tidur dia lagi. Makanya...blogging lah lagi. Sambil menyeru idea hehehe"


Sunday, March 20, 2016

Untuk Disewa - Teres 2 tingkat Bandar Sri Sendayan

Ada yang sedang mencari rumah di area Bandar Sri Sendayan?




Untuk maklumat lanjut, boleh la berhubung dengan tuan rumah Encik Zul 017-3026912 (wasap).
*ni bukan rumah mak ye, mak tlg sebar2kan je. Tlg kengkawan hehe.



Monday, March 14, 2016

Jom settle PTPTN guna KWSP - Part 3

Entry sebelum ni rujuk kat >> Part 1 Part 2

Akhirnya...
Gini la rupa surat penyelesaian hutang tu

Terima kasih PTPTN sebab bantu kewangan mak masa nak amik degree dulu. Pasni kalau nak sambung study, mak usahakan untuk apply scholarship pulak. Bukan apa...hutang tu kan komitmen. Jadi tanggungjawab ko untuk membayar. Berat ooo hidup berhutang nih...huhu.

Ohh...kalau korang ada terlebih bayar, kene isi borang untuk tuntut lebihan bayaran tu. Borang tu PTPTN akan email kat korang.

Isi jangan tak isi. Duit maaa...

Alhamdulillah. Sekian.


Sunday, March 13, 2016

Jom settle PTPTN guna KWSP - Part 2

Sambungan dari Part-1

Ok...late post. Baru teringat nak check baki pinjaman PTPTN. Dah lebih 10hari bekerja ni. Haritu kan dah apply settlement dari KWSP. So....mari check thru efes dulu...

Link: efes
*kalau efes tu problem, bertabah la ye uols...try check di lain hari pula k.
Tadaa....!!

Dengan ini, tercapai sudah 1 misi untuk tahun 2016. Duit yang terlebih bayar rm57.03 tu nanti PTPTN akan refund balik masuk akaun bank yang korang bagi masa isi2 form (x ingat form mana satu huhu). [UPDATE 14Mac2016 - kena isi borang untuk buat tuntutan lebihan bayaran tu. Borang diorang bagi by email]

Emm...rasanya kena ada surat dari PTPTN officially said yang korang dah xde pape lagi ngan diorang. Nanti la mak follow up ngn diorang. Sekian dulu.


Saturday, March 12, 2016

Eh eh...ada sale online lah!

Dah lama mak tak shopping online. Ni Zawara tengah sale ni. Aduhai...susut la duit seciput mak dalam bank tu huhu. Tapi tak apa lah, reward untuk diri setelah gigih menabung kekdahnya hehe.

Banyak yg dah sold out ok T_T

Dapat gak sebat selai dua hehe

Sesungguhnya, cimbclicks sejak akhir-akhir ni memang mencabar rasa sabar mak arghhh!!! Next time guna bank lain jela..tunggu sampai cimbclicks ni stable...huh!


Update 14 Mac 2016
Baju mak diorang x bungkus lagi. Sabar menanti hehe.


Friday, March 11, 2016

Ibu Bekerja

Almost 9pm.
Masih belum sempat menjamah makan malam.
Baru selesai settlekan urusan anak2.
Kini berurusan dengan baby kecil pula.
Pergerakan terbatas, hanya boleh duduk sambil main fon.
Lapar...
Letih...
Mengantuk...
Pening...

Ahh..kamu mengeluh? Tidak.
Jadi kenapa luahan kamu begitu? Ada perkara lain mahu sampaikan.
Apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Company mak ada buat event sempena Hari Wanita Sedunia. Mak menang lucky draw tadi...hohoho. Jimat duit x payah beli losyen yang kebetulan dah expired haha. Sebenarnya mak berangan dapat dumb bell, tapi rupanya dumb bell tu hadiah untuk peserta game. Mmm...xpo lah, mewangi lah mak pasni hehe 
Nombor bertuah saya hari ini ^_^



Thursday, March 10, 2016

Jom settle PTPTN guna KWSP - Part 1

Selangkah ke arah debt free...hehe.

Selasa 2 minggu yang lepas aku pegi kaunter PTPTN di Putrajaya. Niat di hati nak hantar borang Permohonan Pengesahan Baki Pembiayaan (Individu). Nak bayar PTPTN guna duit akaun 2 KWSP. Korang tau kan akaun 2 tu bole buat bayar PTPTN?? Time kat ofis PTPTN tu, ingatkan lambat la proses diorang nak sahkan baki sebab sebelum ni baca review orang, katanya surat pengesahan tu akan dipos. Rupanya time tu jugak PTPTN bagi Surat Pengesahan Baki Pinjaman. Maka, boleh la terus ke KWSP pulak...terus settlekan sebab surat tu valid untuk sebulan je tak silap aku.

Pada sapa2 yang berniat nak settlekan PTPTN, ni ada sikit panduan. Moga memudahkan urusan korang nanti.

Di PTPTN.
- Urusan bermula di kaunter PTPTN.  (senarai cawangan PTPTN)
- Serahkan borang Permohonan Pengesahan Baki Pembiayaan (Individu). Borang ni boleh dapatkan kat kaunter PTPTN atau download dari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2. Nak senang korang isi siap2 kat umah. Nanti tinggal submit je kat kaunter.
- Diorang akan proses permohonan korang. Kalau sistem xda masalah dan orang tak ramai sekejap je pun prosesnya. Haritu aku tunggu tak sampai pun setengah jam untuk proses 2 borang, dari mula amik nombor giliran sampai la settle urusan.
- Dah siap proses tu, pihak PTPTN akan bagi:
1. Penyata baki pinjaman
2. Salinan perjanjian asal
- Tak ada bayaran dikenakan ye. Semua free saja.




Di KWSP
- Urusan bersambung kat KWSP pula. Sila pastikan korang bawak:
1. Penyata baki dan salinan Perjanjian Asal Pembiayaan (dapat dari PTPTN)
2. Transkrip dan salinan
3. Degree cert dan salinan
4. IC dan salinan
- Sebaiknya bawak item no 2-4 kat atas ni ke PTPTN jugak. In case diorang nak tengok.
- Isi borang. Aku tak ingat nama apa tapi korang gi je mintak orang kat kaunter pertanyaan tu, kata nak borang bayar PTPTN guna akaun 2. Mintak dengan sopan ye hehe.
- Amik nombor giliran. Da sampai turn korang, bagitau je hajat hati nak guna akaun 2 untuk bayar hutang PTPTN.
- Kalau nak buat full settlement, pastikan duit dalam akaun 2 cukup untuk buat full settlement. Bole check amaun akaun 2 kat i-akaun atau print je statement KWSP korang kat kiosk yang disediakan.
- Last skali nanti orang kat kaunter tu akan bagi 1 slip macam kat bawah ni...menandakan urusan dah settle.


Lepas 10hari bekerja, bole la try check baki pinjaman kat efes.