Sunday, January 24, 2016

Donat

Resepi ni aku dapat dari fb. Tapi x ingat fb mana sebabnya rajin sangat kumpul resepi kan...save2 gambar, bila ada masa baru tengok balik hehe. Sapa-sapa rasa teringin nak buat donat, ni ada resepi simple. Aku dah try tadi buat minum petang...alhamdulillah menjadik hehe. TQ empunya resepi!!

Untuk buat campuran air tu, mula-mula larutkan dulu gula dalam air suam...pastu baru masukkan mauripan, kacau sikit-sikit je. Biarkan tunggu sampai berbuih.

Cantik kembang donat ni
Sebelum bermandikan gula halus hehe
Just nice je rasa dia. Lepas ni agak-agak nak makan donat, bole la buat sendiri. 


Tuesday, January 19, 2016

Tukar sarung sofa

Hihi...hasil DIY yang tak seberapa. Tapi bole la untuk sementara ni. Kalau koyak, buat sarung baru lagi hihi.


Tak susah sebenarnya nak buat sendiri. Apa yang penting kena sabar dan banyakkan study camana nak buat, nak guna material apa, apa alatan yang perlu...banyak lagi lah. Lagi satu...kena ada tenaga yang kuat untuk terbalikkan sofa dan bertukang hehe.



Tuesday, January 12, 2016

Sofa lama

Aku dalam dilema ni. Gini cerita dia.

Sofa ni sofa lama, beli hujung tahun 2011. Kira da 4 tahun aku guna. Memang family aku betul-betul memanfaatkan sofa ni buat duduk, baring, lompat-lompat (anak aku), asah kuku (ni ex-kucing aku buat...sekarang kucing tu da tade, lari dari rumah nak kan kebebasan huhu). Maka, sampai masa koyaklah ia.

Nak buang sayang. So plan nak ganti cover sofa tu je. Emmm...ada jumpa 2 tempat ni, untuk baikpulih cover sofa. Mahal la pulak...macam beli sofa baru caj dia huhu. Haritu nak tolak kat kedai, murah sangat pulak harga dia amik. Aihh...pening lah...

Sekarang koyak dia makin beranak pinak...huhuhu
Fikir...fikir...fikir....


Monday, January 11, 2016

Bayar fidyah puasa

Aiseh...asik cerita pasal hutang je awal-awal tahun 2016 nih hihi. Kali ni cerita pasal hutang puasa & fidyah. Puasa makcik dah ganti dah. Cuma fidyah je makcik belum bayar. So hari ni, marilah kita langsaikan. Tak baik asik bertangguh...kita tak tau bila ajal menjemput kan. Makcik decide bayar online. Harapnya pihak yang terima duit fidyah ni jujur dan amanah lah dalam menjalankan tugas diorang.

Okeh...makcik bayar thru m2u. Macam biasa login la dulu. Pastuu...

Pilih 'Account & Banking' > 'Bill Payment' > 'Make a one-off payment'

Pilih 'Zakat & Charity' kat dropdown tu

Ni rupa dia lepas pilih. Pastu click jela kat 'Continue' button tu

Kemudian pilih nak bayar kepada sapa. Pastu click 'Continue' button.


Pilih option 'Fidyah'.

Lepas tu, ikut jela m2u tu nak apa...isi form, request TAC. Alaa lebih kurang je macam online banking yang lain. Mudah kan ^_^. Korang nak bayar ni jangan lupa niat...

Alhamdulillah...settle dah.




Wednesday, January 6, 2016

pantang 40hari je hihi

Merdeka!! Yahhuhuuuu~~ Gudbye sup ikan halia, lauk yang setia menemani hari2ku masa dalam pantang...gonna miss u!! Hehee

Sebut pasal merdeka ni, harapnya tahun ni aku dapat merdekakan diri dari 2 hutang besar...hutang ptptn dgn hutang bank. Ni kira termasuk dalam senarai azam aku tahun 2016 ni. Insyaallah...hasil menabung, puasa makan sedap2, tak shopping sangat tp shopping sikit2 je huhu, pejam mata bila lalu kedai emas bling2 dan banyak lagi lah cara berjimat2, maka dapat jugak la aku kumpul sikit dana buat bayar hutang2 nih. Haa...sape suh hutang. Wajib bayar!! Pas da settle hutang keliling pinggang ni baru senang sikit hati nak beli itu ini...tu pun kalau ade fulus lagi laaa...hihi.

Aihh...panjang pulak perenggan atas nih. Sebenarnya pointnya sikit je haha.


Saturday, January 2, 2016

Kenangan Udang Kampung

TQ mak & bapak...kirimkan udang yg dipesan!!
TQ adik bongsu...bawa terbang bersama udang yg dipesan!!

Sebelum disiang...

Ini saiz S

Yang ini pula saiz M

Dan yang ini....jeng3...saiz L

Makin besar saiz udang, makin besar jugalah kepalanya hahaha. Ahhh...laparnya! Goreng pon sodap nih hehe. Btw kejadian ni berlaku 1-Okt-2015. Baru hari ni post haha. Ada rezeki next time kita makan lagi...nyammm~~~~