Saturday, March 14, 2015

Lagi Wallpaper Sendiri Pasang Juga

Hehe...abaikan tajuk yang tunggang terbalik tu ^_^.

Sejak percubaan pasang wallpaper aritu berjaya, asben ku macam da kena sampuk...semangat betul dia pasang wallpaper haha!! Dan hampir setiap hujung minggu kot aku dan anak2 diangkut ke Kaison. Sampai Kaison, aku pulak yang terlebih sampuk hehehe.

Ni dah siap pasang kat bilik sebelah. Still guna wallpaper corak bunga macam bilik 1st. Cuma hasilnya agak berbeza. Kenapa?

Wallpaper self-adhesive a.k.a wallpaper sticker ni agak nipis ya tuan-tuan. So, cat pada dinding sedikit sebanyak mempengaruhi hasil akhir bila dah lekat wallpaper. Kalau dinding tu cat nya 1 kaler saja, tak jadi masalah. Kalau 2 atau 3 kaler...haa jadi lah macam gambar kat bawah ni hehe

Nampak x ada beza tone warna kat dinding tu?

Kalau jadi macam ni, apa perlu anda lakukan?
1. Redha saja lah...haha
2. Be creative! Letak apa2 wall decoration yang bole tutup kelemahan wallpaper tu ^_^
3. Guna wallpaper yang lebih tebal...which is mahal sikit...plus, kena letak gam sendiri...and, a bit tedious masa nak lekat wallpaper tu (beginner kan huhu)...also, will take longer time...and of course, perlukan sabar yang lebih.

Sabtu Ahad...setel untuk 1 bilik kecil ^_^

Next project...nak pasang kat hall pulak.