Sunday, February 22, 2015

Wallpaper...Jom Pasang Sendiri!!

Cuti CNY kali ni kami tak ke mana-mana. Mama have to work yaa...huhu. Fortunately boleh work from home...so...yeayy!!! Cuti 4 hari ni agak rugi kalau x buat apa2. Accidentally, aku terjumpa blogger cerita pasal wallpaper dari kedai nama Kaison. Asalnya nak cari info pasal deko2 bekas hantaran...tiba-tiba jumpa cerita wallpaper. Pasang sendiri pulak tu...interesting!! ^_^

Pada yang nak cuba pasang sendiri wallpaper, ni ada sedikit tips untuk dikongsi bersama:
  • Ketahui luas dinding yang nak dipasang wallpaper.
  • Do some research on how to install the wallpapers...cari la kat mana2...youtube...blogs...manuals...etc.
  • Untuk yang baru nak belajar pasang tu, mulakan dengan keluasan ruang/dinding yang kecil. Proses ni memerlukan kesabaran dan ketelitian.
  • Basic alat2: tangga, gunting, cutter, wallpaper, gam wallpaper (jika perlu), berus/roller cat(jika perlu)...dan seorang helper hehe.
  • Pilih masa yang sesuai. Proses mungkin mengambil masa yang lama....beginner kan...hehe
  • Rancang budget anda.
  • Pilih corak wallpaper yang senang nak pasang...ada corak yang kena sambung betul2 untuk nampak cantik dan kemas...ada corak yang abstrak, tak perlu nak fikir bersambung cantik ke x..
  • Untuk beginner, bole try pasang wallpaper yang dah ada gam...ala-ala sticker. Tinggal buka bahagian belakang...dan lekat. Mudah! ^_^
So, here we go. Jom layan sedikit gambar...


Keadaan asal..hehe

Dalam proses pemasangan

Progressing well hehe ^_^

Combination of 2 different design


Fuhh...akhirnya~~~
(Penat pulak mengarang entry kali ni huhu)



Notes: Untuk bilik ni, kami gunakan 4 roll self-adhesive wallpaper bercorak bunga (RM19.00++ per roll) & 3 roll wallpaper bercorak jalur menegak (RM50.00++ per roll). Yang corak bunga tu boleh terus lekat kat dinding. Yang corak jalur tu kena sapu gam dulu baru boleh lekat...so kena beli gam wallpaper (serbuk + cecair = RM14.00++).

Sampai ketemu lagi. Daa~~~~ ^_^

Sunday, February 15, 2015

Sup Ayam

Sup ayam untuk makan tengah hari...simple ^_^

Bahan2:
Ayam
3biji bawang putih - hiris
4biji bawang merah - hiris
1inci halia - hiris kasar
kayu manis, bunga lawang
Sup bunjut
1biji kentang - potong 4 atau 6
1/2 btg lobak - potong bulat
Daun sup 
Daun bawang
Garam
Air

Tumis bahan hiris + kayu manis + bunga lawang + sup bunjut sampai naik bau.
Dah naik bau, masukkan secawan air. Pastu masuk ayam + kentang + lobak. Tambah air sampai semua bahan tenggelam. Biar mendidih. Guna api sederhana
Bila kentang dan lobak dah empuk, kecilkan api. Masuk garam sikit + daun sup + daun bawang.
Haa...dah hampir siap. Rasa sup anda. Kalau rasa kurang umphh, masukkan 1 kiub ayam knorr hihi.
Dua tiga minit pastu, bole tutup api...dan bole la hidang.

Tadaaa~~~

Selamat mencuba!!


Sunday, February 8, 2015

Ada Apa Dalam Tong Sampah

Anak-anak memang ku biasakan buang sampah dalam tong sampah yang aku sediakan dekat area dapur. Dan hari ni...tadi...masa aku tengah sibuk siapkan makan tengahari, aku perasan si kecik ni pegi tong sampah dan buang sesuatu. Bila ku jenguk...huhu. Nasib la aku baru tukar plastik sampah tu & barang basah tak masuk lagi dalam tu.



Nampaknya, anakku ni tak paham lagi konsep 'buang sampah'. Tak apa lah nak...nama pun dalam proses belajar kan. Pasni mama kenalah rajin check tong sampah dulu sebelum gi buang kat tong besar...langkah keselamatan huhu.

Cadar Patchwork

Tiba-tiba...terjebak membeli cadar patchwork. Pengaruh rakan se'opis' lah ni. Dan juga faktor usia?? Huhu...makcik2 sangat uols...!!

1st arrival...beli online

2nd...beli dgn opismate

3rd...pun beli dgn opismate

Cukuplah 3 setakat ni. Lagi 3-4 bulan baru tambah lagi...hihi.




Saturday, February 7, 2015