Saturday, August 15, 2015

Tembunnya aku!!

Selama ni, aku tak pernah terfikir untuk kawal pemakanan...selagi ada selera, selagi tu aku makan haha. Tapi hari ni, nampak gayanya, aku kena ubah cara pemakanan. Uhuhuuu...sedihnya....waaaaa~~~. Bulan syawal ni je aku naik 5kilo. Banyak tuuuu!!! Ingatkan penimbang rosak, rupanya tak. Memang fakta aku dah naik 5kilo. Patut la aku rasa badan aku ni berat semacam je hohoho.

Kata dokter, ideally naik 1-2kilo je every month. Tapi aku??? Sadisnya!! Aku dah naik 10kilo dan aku ada lagi 16weeks to go (insyaallah). Agak-agak berapa berat akhir aku kali ni...? Oh maii.....kalau berterusan gaya makan macam sekarang, ada chance naik 20kilo++ ni hahaha.

Maka, dengan ini...aku isytiharkan...aku nak mulakan diet sihat bermula isnin depan. Ehem...esok hari last untuk makan macam biasa. Nak makan apa ya...? Hehe. Maka dengan ini juga, bermula lah misi mencari menu diet sihat untuk orang macam aku ^_^


Wednesday, August 5, 2015

Hobi?

Jika 'masa' menjadi punca kamu tak punya hobi, maka...carilah hobi yang x perlukan atau kurang kebergantungan dengan masa...hehe. Selamat berhobi uolss ^_^

Baru bermula...


Saturday, August 1, 2015

Wallpaper project...

Aduhai...bersawang2 blog makcik nih hehe. Lama tak update. Malas gitu hehehehe. Ni meh makcik update sikit progress pasang wallpaper kat hall. Dah siap lama dah pun. Combination of 2 designs. Yang ni xde self adhesive...kene letak gam sendiri.

Mood rajin nanti baru letak tv tu kat wallpaper brown huhu

Yg ni bahagian sofa...amik gmbr atas je sbb kat sofa ade org tgh tido zzzzz~

Hah...itu jelaa stakat ni. Pikir kaler langsir pulak...da 5 taun makcik x tukar (tp makcik cuci tau!! tukarnye je idak hehe)

Close up...ade kaler kuning...hasil seni kreatif anak makcik T_T
Uols kalau ada anak kecik..yang suka conteng-conteng, pilih la wallpaper yang sesuai sikit hehehe. Sekian...

Sunday, April 12, 2015

::delima::

Jom makan buah delima uolss!! Ni delima ke-2 untuk tahun ni...hehe

Beli kat Giant...dapat la rm2.49 sebiji

Mula-mula kopek bahagian atas...yg ada jambul tu...

Pastu belah camni...

Terbalikkan dan ketuk2 kulit delima ni dgn senduk besar

Haa...dah dapat hasilnya!! Bole makan sambil tengok tv.

Nak lagi detail, try search kat youtube cara-cara nk leraikan biji delima ni. Jemput makan uolss hehe :)




Saturday, March 14, 2015

Lagi Wallpaper Sendiri Pasang Juga

Hehe...abaikan tajuk yang tunggang terbalik tu ^_^.

Sejak percubaan pasang wallpaper aritu berjaya, asben ku macam da kena sampuk...semangat betul dia pasang wallpaper haha!! Dan hampir setiap hujung minggu kot aku dan anak2 diangkut ke Kaison. Sampai Kaison, aku pulak yang terlebih sampuk hehehe.

Ni dah siap pasang kat bilik sebelah. Still guna wallpaper corak bunga macam bilik 1st. Cuma hasilnya agak berbeza. Kenapa?

Wallpaper self-adhesive a.k.a wallpaper sticker ni agak nipis ya tuan-tuan. So, cat pada dinding sedikit sebanyak mempengaruhi hasil akhir bila dah lekat wallpaper. Kalau dinding tu cat nya 1 kaler saja, tak jadi masalah. Kalau 2 atau 3 kaler...haa jadi lah macam gambar kat bawah ni hehe

Nampak x ada beza tone warna kat dinding tu?

Kalau jadi macam ni, apa perlu anda lakukan?
1. Redha saja lah...haha
2. Be creative! Letak apa2 wall decoration yang bole tutup kelemahan wallpaper tu ^_^
3. Guna wallpaper yang lebih tebal...which is mahal sikit...plus, kena letak gam sendiri...and, a bit tedious masa nak lekat wallpaper tu (beginner kan huhu)...also, will take longer time...and of course, perlukan sabar yang lebih.

Sabtu Ahad...setel untuk 1 bilik kecil ^_^

Next project...nak pasang kat hall pulak.



Sunday, February 22, 2015

Wallpaper...Jom Pasang Sendiri!!

Cuti CNY kali ni kami tak ke mana-mana. Mama have to work yaa...huhu. Fortunately boleh work from home...so...yeayy!!! Cuti 4 hari ni agak rugi kalau x buat apa2. Accidentally, aku terjumpa blogger cerita pasal wallpaper dari kedai nama Kaison. Asalnya nak cari info pasal deko2 bekas hantaran...tiba-tiba jumpa cerita wallpaper. Pasang sendiri pulak tu...interesting!! ^_^

Pada yang nak cuba pasang sendiri wallpaper, ni ada sedikit tips untuk dikongsi bersama:
  • Ketahui luas dinding yang nak dipasang wallpaper.
  • Do some research on how to install the wallpapers...cari la kat mana2...youtube...blogs...manuals...etc.
  • Untuk yang baru nak belajar pasang tu, mulakan dengan keluasan ruang/dinding yang kecil. Proses ni memerlukan kesabaran dan ketelitian.
  • Basic alat2: tangga, gunting, cutter, wallpaper, gam wallpaper (jika perlu), berus/roller cat(jika perlu)...dan seorang helper hehe.
  • Pilih masa yang sesuai. Proses mungkin mengambil masa yang lama....beginner kan...hehe
  • Rancang budget anda.
  • Pilih corak wallpaper yang senang nak pasang...ada corak yang kena sambung betul2 untuk nampak cantik dan kemas...ada corak yang abstrak, tak perlu nak fikir bersambung cantik ke x..
  • Untuk beginner, bole try pasang wallpaper yang dah ada gam...ala-ala sticker. Tinggal buka bahagian belakang...dan lekat. Mudah! ^_^
So, here we go. Jom layan sedikit gambar...


Keadaan asal..hehe

Dalam proses pemasangan

Progressing well hehe ^_^

Combination of 2 different design


Fuhh...akhirnya~~~
(Penat pulak mengarang entry kali ni huhu)



Notes: Untuk bilik ni, kami gunakan 4 roll self-adhesive wallpaper bercorak bunga (RM19.00++ per roll) & 3 roll wallpaper bercorak jalur menegak (RM50.00++ per roll). Yang corak bunga tu boleh terus lekat kat dinding. Yang corak jalur tu kena sapu gam dulu baru boleh lekat...so kena beli gam wallpaper (serbuk + cecair = RM14.00++).

Sampai ketemu lagi. Daa~~~~ ^_^

Sunday, February 15, 2015

Sup Ayam

Sup ayam untuk makan tengah hari...simple ^_^

Bahan2:
Ayam
3biji bawang putih - hiris
4biji bawang merah - hiris
1inci halia - hiris kasar
kayu manis, bunga lawang
Sup bunjut
1biji kentang - potong 4 atau 6
1/2 btg lobak - potong bulat
Daun sup 
Daun bawang
Garam
Air

Tumis bahan hiris + kayu manis + bunga lawang + sup bunjut sampai naik bau.
Dah naik bau, masukkan secawan air. Pastu masuk ayam + kentang + lobak. Tambah air sampai semua bahan tenggelam. Biar mendidih. Guna api sederhana
Bila kentang dan lobak dah empuk, kecilkan api. Masuk garam sikit + daun sup + daun bawang.
Haa...dah hampir siap. Rasa sup anda. Kalau rasa kurang umphh, masukkan 1 kiub ayam knorr hihi.
Dua tiga minit pastu, bole tutup api...dan bole la hidang.

Tadaaa~~~

Selamat mencuba!!


Sunday, February 8, 2015

Ada Apa Dalam Tong Sampah

Anak-anak memang ku biasakan buang sampah dalam tong sampah yang aku sediakan dekat area dapur. Dan hari ni...tadi...masa aku tengah sibuk siapkan makan tengahari, aku perasan si kecik ni pegi tong sampah dan buang sesuatu. Bila ku jenguk...huhu. Nasib la aku baru tukar plastik sampah tu & barang basah tak masuk lagi dalam tu.



Nampaknya, anakku ni tak paham lagi konsep 'buang sampah'. Tak apa lah nak...nama pun dalam proses belajar kan. Pasni mama kenalah rajin check tong sampah dulu sebelum gi buang kat tong besar...langkah keselamatan huhu.

Cadar Patchwork

Tiba-tiba...terjebak membeli cadar patchwork. Pengaruh rakan se'opis' lah ni. Dan juga faktor usia?? Huhu...makcik2 sangat uols...!!

1st arrival...beli online

2nd...beli dgn opismate

3rd...pun beli dgn opismate

Cukuplah 3 setakat ni. Lagi 3-4 bulan baru tambah lagi...hihi.




Saturday, February 7, 2015