Monday, April 21, 2014

Bila masanya bayi bersedia untuk makan?

Heh...entry pasal baby lagi :P Entry ni adalah sambungan dari entry yang aku post semalam. Tak tau nak cakap apa...ku tepek saja lah gambar hehe.




Pagi tadi bawak anak-anak pegi klinik...sorang follow up lagi sorang jumpa dokter. Haa...kat klinik ni la sebenarnya aku baca artikel pasal pemakanan bayi ni. Kat klinik lain pun ada juga...kalau berkesempatan, next time aku share :)

Kakak & adik ^_^

Baby boy ku dah masuk 8bulan 1minggu. Dan dah start makan lebih kurang 3 minggu yang lepas...ku buatkan dia bubur nasik kosong, pastu lenyek guna penapis. Semangat anak ni makan hihi. Timbang tadi berat dia 9.9kg...lumayan kan?? hehe.

Posing tidur kegemaran beliau ^_^

Okeh..bertemu lagi lain kali. Daaa~~~~


Sunday, April 20, 2014

Pemakanan bayi & Alergi

Uhh...lama juga tak update blog tak berbayar nih. Tak ada idea nak kongsi. Tapi hari ni...idea dah mari...idea dah mari hihihi. Kali ni nak share sikit pasal alergi makanan. Mengikut hasil 'google'an ku sebentar tadi, tanda-tanda alergi ataupun alahan ni bole dikenalpasti jika anak memberi tindakbalas seperti berikut:
  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Jom kenal pasti anak kita alergi pada makanan apa. 

Kenal pasti alergi bayi anda terhadap makanan



Semoga short entry ni memberi manfaat untuk ibu-ibu di luar sana ^_^