Monday, March 17, 2014

Pray For MH370

Hari ni hari ke-9 MH370 hilang tanpa kabar berita yang pasti. Ke mana la agaknya mereka pergi...? Di mana pun mereka saat ini, aku doakan mereka baik-baik saja...especially dua orang baby yang dikhabarkan turut sekali dalam penerbangan tu...huhu.


Kepada sesiapa yang melawak pasal MH370 ni....tak lawak ok!!


Tuesday, March 4, 2014

Berkelah di pagi hari

Lokasi: Persiaran APEC, Cyberjaya
Masa: Lebih kurang 10pagi
Individu terlibat: Suami dan isteri...dan hero2 misteri

Bah...posing2 dulu kita bang ^_^

Sebahagian jln kat Cyber @ 10am...lengang...

Belok kiri ada perumahan, depan sikit belok kanan ada Lim Kok Wing Univ

Nasib baik x panas...kalau x bole naik temp ku nih hehe

Soklan: Hui...hui...ponteng kerja ka?
Aku: Tak lah...on de way pi kerja la ni...tapi minyak keta habis T_T
Soklan: Jadi..??
Aku: Berkelah la kat sini kejap...hohoho

Bantuan tiba..fuhhh~~ TQ adik2 ^_^

Masuk opis kerja berlambak...macam joget lambak huhuhuu...



Saturday, March 1, 2014

Kakak at SBC

Dah masuk 2 bulan++ kakak Jiya kat taska SBC 2-4 tahun. Ingat lagi masa hari pertama hantar dia, meraung melalak nak balik...tak nak tinggal kat taska. Risau bukan main hati ni, sampai buat kerja kat opis pun separuh hati je. Tapi nak buat caman kan...hmmmm. Masa hantar dia masuk tu, aku ada juga perasan anak-anak lain yang juga dari "taska baby" sama dengan kakak Jiya. So, ok kot...

Hari ke-2 dah ok tp masih ada monyok sikit. Hari ke-3 dan seterusnya...alhamdulillah, dia suka pergi taska. Mungkin dah ada ramai kawan kan ^_^. Cuma...problem sekarang ni dia susah sangat nak mandi pagi. Almost every morning, ada ja drama pagi kat umah ni huhuhuu

Meh layan sikit gambar kakak Jiya kat taska ^_^

Chef muda ^_^

Kanak-kanak melakukan aktiviti sambil dipantau oleh cikgu-cikgu

Belajar susun atur cutlery

Bonding time with friends @ bday kak Ton

Belajar kenalkan diri, dibantu oleh cikgu

Belajar menulis ^_^

Amali solat seawal usia ^_^

Outdoor...untuk perkembangan fizikal

Mama happy bila tengok kakak happy. Semoga kakak Jiya jadi anak solehah...dengar & ikut cakap mama, abah & cikgu...jadi kakak yang baik untuk adik Naim...boleh bergaul baik dengan kawan-kawan. Mama, abah & adik sayang kakak!! ^_^

Oh ya...gambar asal milik SBC ye...harap maklum. (TQ SBC sbb benarkan saya copy and re-post gambar) ^_^