Friday, November 7, 2014

Cekodok Simple


Time time hujan ni, best juga kalau dapat ngap ngap ngap cekodok. Try tengok kat dapur ada tepung x? Kalau xda, gi pinjam kat jiran...kata nak pinjam 2 cawan je hehe. Dah dapat tepung, bole la start sediakan cekodok mabeles ni.

Gaul sebati 2 cawan tepung + 2 cawan air panas + ikan bilis (bersihkan, rendam kejap, then tumbuk kasar) + garam sikit + bawang/daun bawang + serbuk kunyit sikit + cili (kalau suka pedas). Adunan akan jadi melekit2 (maksudnya x terlalu cair dan x terlalu liat..just lembik2 nice gitu). Panaskan minyak. Gorenglah sepuas hati hehe. Kena selalu balik2kan supaya masak rata & kembang cantik.


Da siap!!

Hah...apa lagi, jemput la tengok gambarnya...hohoho.


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru ^_^

Hari ni ada sambutan Hari Guru kat taska kakak. So, taska kakak ada buat jamuan makan...konsepnya adalah potluck. 'Haaa...gelabah la tu' kata encik hasben dengan penuh makna tersirat. Well...bila sebut saja pasal potluck, memang aku la orang paling susah hati....sebabnya...?? Hahaha. Tapi itu dulu. Ku ulang...itu dulu...kehkehkeh. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...ewah...bole nyanyi-nyanyi lagi huahahaha!!!

Hidup ni ada banyak pilihan. Contoh dalam kes potluck...kalau tak reti masak ataupun masak tak berapa nak sedap tu kan..tak payah susah hati. Tak usah siksa diri...siksa orang lain nak hadap makanan kita...tak perlu semua tu!! Pegi je kedai...beli apa yang korang nak bawak time potluck. Tak pun, sekarang ni kan ramai je akak-akak duk umah yang terima tempahan makanan. Kita oderrrr sajaaa.... MUAHAHAHAHA....!!!!

So, potluck untuk Hari Guru ni, aku dah decide nak bawak 'Tamagoyaki'. Haa....kemain lagi nama kan....hehehe. Ni adalah last minute punya decision. Dan...aku BUAT SENDIRI tau. Takde oder mana-mana...demi menyahut cabaran hasben ku yang sinis itew...huh!! Enjoy jugak sediakan tamagoyaki ni...

Presenting my 'Tamagoyaki'...made with love ^_^

Selamat Hari Guru
&
Terima Kasih Cikgu ^_^

16May2014...Insyaallah, next year kakak join celebrate Hari Guru kat taska dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Hari ni tak dapat join sebab kakak ada appointment dengan dokter...iskk ruginya T_T

Edit sikit....lagi satu option selain beli & tempah, korang bole google mana2 resepi yang korang rasa korang bole buat. Simple & easy...semua orang boleh...yeahh!!! (Over excited pulak)

Monday, April 21, 2014

Bila masanya bayi bersedia untuk makan?

Heh...entry pasal baby lagi :P Entry ni adalah sambungan dari entry yang aku post semalam. Tak tau nak cakap apa...ku tepek saja lah gambar hehe.




Pagi tadi bawak anak-anak pegi klinik...sorang follow up lagi sorang jumpa dokter. Haa...kat klinik ni la sebenarnya aku baca artikel pasal pemakanan bayi ni. Kat klinik lain pun ada juga...kalau berkesempatan, next time aku share :)

Kakak & adik ^_^

Baby boy ku dah masuk 8bulan 1minggu. Dan dah start makan lebih kurang 3 minggu yang lepas...ku buatkan dia bubur nasik kosong, pastu lenyek guna penapis. Semangat anak ni makan hihi. Timbang tadi berat dia 9.9kg...lumayan kan?? hehe.

Posing tidur kegemaran beliau ^_^

Okeh..bertemu lagi lain kali. Daaa~~~~


Sunday, April 20, 2014

Pemakanan bayi & Alergi

Uhh...lama juga tak update blog tak berbayar nih. Tak ada idea nak kongsi. Tapi hari ni...idea dah mari...idea dah mari hihihi. Kali ni nak share sikit pasal alergi makanan. Mengikut hasil 'google'an ku sebentar tadi, tanda-tanda alergi ataupun alahan ni bole dikenalpasti jika anak memberi tindakbalas seperti berikut:
  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Jom kenal pasti anak kita alergi pada makanan apa. 

Kenal pasti alergi bayi anda terhadap makanan



Semoga short entry ni memberi manfaat untuk ibu-ibu di luar sana ^_^


Monday, March 17, 2014

Pray For MH370

Hari ni hari ke-9 MH370 hilang tanpa kabar berita yang pasti. Ke mana la agaknya mereka pergi...? Di mana pun mereka saat ini, aku doakan mereka baik-baik saja...especially dua orang baby yang dikhabarkan turut sekali dalam penerbangan tu...huhu.


Kepada sesiapa yang melawak pasal MH370 ni....tak lawak ok!!


Tuesday, March 4, 2014

Berkelah di pagi hari

Lokasi: Persiaran APEC, Cyberjaya
Masa: Lebih kurang 10pagi
Individu terlibat: Suami dan isteri...dan hero2 misteri

Bah...posing2 dulu kita bang ^_^

Sebahagian jln kat Cyber @ 10am...lengang...

Belok kiri ada perumahan, depan sikit belok kanan ada Lim Kok Wing Univ

Nasib baik x panas...kalau x bole naik temp ku nih hehe

Soklan: Hui...hui...ponteng kerja ka?
Aku: Tak lah...on de way pi kerja la ni...tapi minyak keta habis T_T
Soklan: Jadi..??
Aku: Berkelah la kat sini kejap...hohoho

Bantuan tiba..fuhhh~~ TQ adik2 ^_^

Masuk opis kerja berlambak...macam joget lambak huhuhuu...



Saturday, March 1, 2014

Kakak at SBC

Dah masuk 2 bulan++ kakak Jiya kat taska SBC 2-4 tahun. Ingat lagi masa hari pertama hantar dia, meraung melalak nak balik...tak nak tinggal kat taska. Risau bukan main hati ni, sampai buat kerja kat opis pun separuh hati je. Tapi nak buat caman kan...hmmmm. Masa hantar dia masuk tu, aku ada juga perasan anak-anak lain yang juga dari "taska baby" sama dengan kakak Jiya. So, ok kot...

Hari ke-2 dah ok tp masih ada monyok sikit. Hari ke-3 dan seterusnya...alhamdulillah, dia suka pergi taska. Mungkin dah ada ramai kawan kan ^_^. Cuma...problem sekarang ni dia susah sangat nak mandi pagi. Almost every morning, ada ja drama pagi kat umah ni huhuhuu

Meh layan sikit gambar kakak Jiya kat taska ^_^

Chef muda ^_^

Kanak-kanak melakukan aktiviti sambil dipantau oleh cikgu-cikgu

Belajar susun atur cutlery

Bonding time with friends @ bday kak Ton

Belajar kenalkan diri, dibantu oleh cikgu

Belajar menulis ^_^

Amali solat seawal usia ^_^

Outdoor...untuk perkembangan fizikal

Mama happy bila tengok kakak happy. Semoga kakak Jiya jadi anak solehah...dengar & ikut cakap mama, abah & cikgu...jadi kakak yang baik untuk adik Naim...boleh bergaul baik dengan kawan-kawan. Mama, abah & adik sayang kakak!! ^_^

Oh ya...gambar asal milik SBC ye...harap maklum. (TQ SBC sbb benarkan saya copy and re-post gambar) ^_^


Sunday, February 23, 2014

Tahun ke 3 ^_^


Dah 3 tahun kat sini...haha macam tak percaya pun ada.


3 years of ups and downs...
3 years of friendship...
3 years of sacrifies...
3 years of mixed feelings...
3 years of not my everything...haha

Congratulation to myself!! 2015 nanti dapat lagi tak email camnih.?? hihi


Sunday, January 5, 2014

2014 yang dot dot dot...

Ohh...dah masuk tahun 2014 dah pun kita. 

Tiada sambutan new year....kami anak-beranak just duk diam-diam kat rumah. Yelaa...nak keluar bawak anak-anak tengok bunga api macam tak sesuai je...malam kan...lagipun mesti ramai umat manusia. Budak-budak ni pulak banyak ragamnya...kesian kat diorang nanti tak selesa. Baik duk rumah je...tengok tv hehe :)

Kat opis pulak, aku da start mem'busy'. Kerja manyak oooo...so tak terasa sangat aura new year kat opis. Yang ada dalam fikiran aku ni...keje banyak...keje banyak...keje banyak... Ke'busy'an ku akan berlanjutan sampai la bulan 3 nanti...aduhh...hopefully I can manage it...aku tak nak 'busy' tu mengganggu fokus ku tahun ni. 
Soalan: Apa fokus ko makcik?? 
Aku: Ada laa...mana bole kasitau, nanti ko tiru hahaha

Nah...new year 2014 gift from my boss..bnyk andaian bole di buat di situ... T_T

Sesungguhnya terasa agak mencabar juga tahun 2014 nih. Dengan kos hidup yang semakin meningkat...rasa bagai ada satu beban yang berat harus di pikul sepanjang tahun nih. Semoga segala yang ku rancang menjadi kenyataan...

Aku merancang sesuatu...kamu? Tepuk dada pasti berbunyi hehe...Adioss!!