Wednesday, November 20, 2013

Duduk Antara Dua Sujud

Lama tak update blog. Ni pun curi-curi masa tido untuk update..huhuu. Kali ni, meh kita kongsi sikit maksud doa yang kita baca time solat masa tengah duduk antara dua sujud. Semoga memberi manfaat untuk saya dan anda yang membaca. Jom sama-sama kita hayati ^_^

 
Credit to: My Halaqah

Saturday, October 19, 2013

Oyooo~~

Suatu malam yang tak sepi...

Anak: Oyo... (anak manjat kerusi sambil tunjuk meja makan)
Mama: Oyo..??
Anak: Oyooo... (tunjuk meja makan lagi)
Mama: Oyo?? (tanya sekali lagi)
Anak: Oyoo... Oyoo... Nak! Nak!!
Mama: Oyoo?? Air ke? Milo? (pandang meja makan...tercari-cari apa si anak ni mau...huhu)
Anak: Mamaaa.... Oyoo~~~~
Mama: Haziyah...cakap la betul-betul nak ape. Haziyah nak milo ke?
Anak: Oyoooooooo... (makin panjang sebutan 'oyo' nya...haha)

Anak turun dari kerusi. Pegi depan abah dia plak yang tengah mengadap laptop buat keje...

Anak: Abah oyoo...
Abah: Oyo ape?
Anak: Oyoo... Oyoo...
Abah: ~~krikk...krikk~~~
Anak: Oyoo... (sambil tunjuk meja makan)
Abah: Haziyah nak ape ni? Oyoo... Oyoo... (pitching da naik skit haha)
Anak: Oyyoooooo~~~~

Tetiba...

Mama: Oreo??? Haziyah nak oreo?
Anak: Oyo..nak!!

Aduihh...kesian si anak. dari tadi ter'oyo-oyo'. Rupanya nak oreo.

Wednesday, September 25, 2013

Ekor Ikan Merah 3 Rasa

Menu dinner semalam...mudah disediakan, simple, sedap...dan yang penting jimat masa kehkeh~~

Err...sorry gambar x cantik T_T

First goreng ikan...dah masak, ketepikan dulu.
Pastu buat kuahnya pulak. Boh kuah 3 rasa + air + tomato + nenas + lain-lain (ikut suka)...gaul mesra sampai mendidih. Masuk ikan yang dah digoreng tadi. Agak-agak kuah dah sedang-sedang pekatnya, tutup api. Haa...pastu pe lagi, jemput la sang bedal menjamu selera hihihi

Rahsia saya...anda boleh juga...haha

Roomate: Sedapnye masak..macam kat kedai...
Aku: Perli ke apa ni...??? huhuu (dalam hati)

Sunday, September 22, 2013

Untuk Dijual - SmartSift Litter Box [SOLD OUT~~~~]

Halo haloo~~~

Ini hari saya mau jual used SmartSift Litter Box....alaaa tempat "uk uk" encik kucing tuu. Nak jual sebab sekarang ni dah tak bela kucing...huhu. Litter box tu still in good condition. Pakai pun sekejap je. Dah lama duk dalam bilik stor...dah berabuk dah pun huhu. So kepada sesiapa yang nk, bole sms saya kat 019-7616207. Harga RM130 je ^_^

Ni la SmartSift tu..

Ade retak sket kat penutup plastik kat atas tu..

Tuesday, August 20, 2013

Si Sulung dah 2 tahun ^_^

Genap 2 tahun dah usia anak mama yang sorang ni. Emm...nanti mama dah sehat, adik dah kuat, kita ajak abah celebrate birthday kakak ye. So sementara tunggu hari nak celebrate, apa kata kakak bukak dulu hadiah misteri yang abah belikan semalam ^_^

Hadiah misteri from abah...misteri kah? hehee

Ini budak tak sabar-sabar suh bukak

Hepi bday sayang ^_^

Makin rajin la mama mengemas pasni...



Monday, August 19, 2013

Kisah 13-Aug-2013, 6 Syawal 1434

Alhamdulillah...hari selasa lepas, kami sekeluarga menerima kehadiran seorang lagi ahli baru...hihi. Syukur, bertambah lagi seorang umat Nabi Muhammad ^_^

Sehari selepas dilahirkan

Kronologi pada hari kejadian:
0830 - Ikut asben hantar kakak Jia pegi taska. Kena ikut hantar sebab semalam Jia melalak time di hantar ke taska...panggil "mama...mama..." huhuu. Pas hantar kakak Jia, asben hantar aku balik pulak...                    
1000 - Time tgk tv, perasan ada contraction yang berulang-ulang...tapi timing dia tak consistent. Kekadang jarak 20minit...kekadang jarak 15minit. Some more tak sakit sangat...still bole tahan.
1100 - Contraction makin kerap...jarak sakit tu pon dah maintain every 15minit. Aku bole rasa masa nak bersalin dah dekat...takot tapi tak bole nak elak huhu.
1200 - Mesej asben mintak dia standby isi minyak sume. Ohh..asben keje ye arini, aku sorang je kat umah...tak lama pastu dia sampai. Then kitorang terus ke spital.
1400 - Masuk labour room. Buat CTG dulu. Selesai check-check sume, baru 2cm...nurse suh pegi jalan mana-mana dulu. Adoi laa...time ni memang dah sakit yang tak berapa bole nak ditahan...so aku ngan asben decide balik umah dulu. Amik barang pape yang patut...dan juga amik kakak Jia. Contraction now is every 5mins ye huhuu
1800 - Kali ke-2 masuk labour room. Buat CTG lagik. Emm...baru 3cm kata nurse huhu...azabnya...aku request epidural tapi nurse tu kata kena tunggu bla bla bla (aku tak dapat nak digest dah apa yang dia cakap sebab tengah dok menahan sakit huhuu..). Tak lama pas tu, nurse tu tinggalkan aku sensorang dalam labour room dan....water bag pecah sendiri. Oohhh Emmm Geee~~~ Kena check lagi...dah 5cm. Epidural...mana?? Mana...?? Kali ni nurse tu tak suggest pulak amik epi sebab dah 5cm katanya. Huhuu...tadi tak nak kasi...waaaa...!!!! So the only option untuk kurangkan dan alihkan perhatian aku dari rasa sakit tu is the 'gas'. Gas ape tah nama dia. Ohh ya, disebabkan kami bawak kakak Jia sekali, asben ku tak dibenarkan masuk temankan aku dalam labour room. Memang procedure dia camtu. Diorng tunggu kat ruang menunggu kat luar je. Dalam mamai-mamai aku amik gas tu, aku dapat rasakan sesuatu...the true face of the nurses when you are alone in the labour room...bukan semua, tapi sedikit sebanyak yang lain pun terpalit sama. Time ni, asben ku datang jenguk sekejap-sekejap je sebab takkan nak tinggal kakak Jia sorang-sorang kat luar kan.
1900 - Dipendekkan cerita, dokter pun sampai. Haa...dah sampai masa untuk 'uk uk' heheee. Alhamdulillah, jam 1923, our son was safely delivered ^_^. Pastu time jahit-jahit sume tu aku dah tak peduli sangat dah...sebab sakit nak 'uk uk' tu lagi azab dari sakit dijahit. Cuma maybe orang rasa ngeri bila dengar perkataan 'jahit'...sebenarnye xde mende pon ^_^.

CTG yang pertama...time ni bole senyum lagi

Kakak Jia beria-ia nak baring sebelah adik ^_^


"Fuhhh...nak keluarkan 3.55kg baby is not easy for me...huhu"

Monday, August 12, 2013

5 Syawal 1434

Dah raya ke 5...tahun ni turn celebrate raya kat rumah family asben. Ni raya ke-2 kami sambut raya kat Johor. Tapi kan...dah 2 kali beraya kat Johor ni kan...aku rasa macam tak raya je...haha. Sebabnya...yang 1st dulu aku tengah pantang anak pertama kami...dah nama pantang, kena la dok bertapa kat umah.  Dan kali ni pulak, aku tengah sarat preggy...tunggu hari je nak jumpa anak ke-2. Mana lah larat aku nak mengusung si kecik ni haa ke sana ke mari. Karang tak pasal-pasal aku terberanak kat mana-mana hahaa.

Kesian jugak kat cik abang...aku tak raya, dia pun duduk jugak la kat umah, tunggu orang datang beraya. Emmm...kena fikirkn sesuatu nih. Supaya next time kejadian 'tak beraya' ni tak berulang lagi....hihi.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Mode: Tak sabar nak masuk labour room... ^_^


Sunday, August 4, 2013

Mari Bercuti Panjang ^_^


Nampak tak tulisan kat gambar tuh?? Nampak...? Haaa...start senin depan, aku dah tak masuk opis. Yaaahuuuuu....!!! Dah tak larat rasanya mengadap kerja-kerjaan yang sangat lah menimbun bak bukit-bukau dan gunung-ganang. Sekarang ni team aku memang tengah busy...aku pulak amik cuti panjang...kejam x?? Uhuhuuu..maafkan dakuu~~~ Aku memang perlu bercuti kali ni. Semoga semua kerja kat opis settle tanpa ada big issue.

Tuesday, July 9, 2013

Bertemu Ramadhan Lagi...

Alhamdulillah...bertemu lagi dengan ramadhan tahun ni. Gembira sebab puasa tahun-tahun yang lepas dah selamat diganti. Harapnya tahun ni aku diberi kekuatan dan keizinan untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Selamat menunaikan ibadah puasa ^_^



Sunday, June 23, 2013

Crunchy Caramelo

Raya dah dekat...meh sini nak promote homemade cookies...akak ipar aku buat :). Crunchy Caramelo namanya. Dibuat daripada pelbagai jenis kekacang bermutu tinggi gitu hihi. Sesuai sangatlah kalau dihidang pada tetamu raya nanti. Tapi kalau nak makan sendiri apa salahnya...sambil-sambil tengok tv tu kann.... v(^_^)v

Sebekas RM23/200g :)

Yang ni untuk jamuan diri sendiri...x sempat nak tggu raya ^_^

Sesapa nak oder bole sms 019-7616207.
COD area Cyberjaya & Taman Equine (Giant or McD). Kalau nak pos pun bole juge...with postage charge lah tapi hihii

"Esok aku nak bawak sebekas pegi opis...bagi dak-dak opis rasa. Err....tapi sebekas tu da tinggal setengah bekas....sedap sangat munching sampai x ingat donia huhuhu~~~"

Wednesday, June 12, 2013

Tab dah siap repair..hehe

Alhamdulillah....dah berjaya di baiki. Replace the screen je pun. TQ abahnye :)


 Yang lagi satu tak repair sebab harga screen je dah almost half harga tab...


Friday, May 31, 2013

Keychain Dutch Lady!!

Tadi aku pegi borong susu Dutch Lady kat petronas...errr bukan la memborong sangat pun sebenarnya. Kesahnya, kedai Mesra Petronas ada buat promotion...beli 2 susu kotak Dutch Lady 250ml apa-apa perisa, bole dapat 1 keychain (macam gambar kat bawah). Beberapa hari lepas aku ada try beli kat petronas Cyberjaya, tapi bila sampai kaunter, stok keychain da habis katanya...hukhuk. Kecewa aku.

So kebetulan hari ni aku singgah petronas kat Equine, aku pun try la tanya kat kaunter stok keychain ada lagi ke x. Alhamdulillah ada...rezeki aku hehe. Orang kat kaunter tu cakap promosi sampai arini je...orang tu yang cakap tau, aku ulang je. So pada sesiapa yang terlepas nak collect semua 5 jenis keychain Dutch Lady ni, bole try next time ye hehe.


Ada 8 semuanya!!!

Cukup 5 jenis...muehehe

Nak collect keychain Dutch Lady punya pasal...gigih aku pegi beli susu hahahaa. Whateverrr~~~~


Monday, May 27, 2013

Cokelat...Labuan Mari...

Adik ku yang kacak bergaya (hahaha) ada datang melawat kami Khamis lepas. Ada kerja kat Subang katanya dan kebetulan Jumaat tu dia cuti, so dia singgah bermalam di rumah kecil kami. Disebabkan Jumaat tu aku kerja dan dia pun ada plan sendiri plus petang tu dia dah fly balik Labuan, jadi tak sempat la nak bawak dia jalan.

Roomate: 25 ringgit 90 sen...(sambil belek-belek kotak coklat)
Aku: Ha ah
Roomate: Dah bayar belum ni?
Aku: Tadi nak bayar...tapi time breakfast tadi tak teringat pulak nak pass duit
Roomate: Elehh...
Aku: Betul laa...iskk

Thanks belanja cokelat-cokelat tuh...memang yummeh laa hehe. Next time jumpa kakak belanja ko pulak.

Dapat 2 bekas yang ni...

RM25.90 saje~~~

Entri lewat malam....anak da tido, mak pon nk tido lah...sok kije huhuhuuu...nk extend cuti bole?


Sunday, May 26, 2013

Ketuk...ketuk...ketuk...

Aduhai la anak mama ni. Suka sangat main ketuk-ketuk. Kejap ketuk sana. Kejap ketuk sini. Semua benda dia nak ketuk. Ketuk pinggan mangkuk la...ketuk peti ice la...remote tv...telefon...meja...botol susu...pintu toilet tu haa pun gigih diketuknya ala-ala berkompang gitu...kekeke.

Dan ni hasil ketukan dia yang agak terbaru jugak lah....

Jangka Hayat: Tak sampai seminggu T__T

Jangka Hayat: Lebih kurang 3 minggu T__T

Ok sila jangan cepat melatah...jangan marah-marah...jangan angin-angin...usah ribut-ribut...keep cool bebeh. Tu semua harta dunia je. Dah memang sampai masa dia nk retak seribu kann... So, sementara nak tunggu tab tu direpair (harapnya bole la direpair), anak mama ni asik dok bertapa depan mama's new lappie...bagai lappie mama dia yang empunya...uhukk. Touchscreen kan...suka la dia.



Saturday, May 11, 2013

Anak Mama

Pejam celik...pejam celik...anak mama dah besar dah. Gigi dah tumbuh banyak. Dah boleh ajak lumba lari. Dah pandai main lompat-lompat. Dan pandai sebut beberapa perkataan walaupun selalunya tak berapa nak betul sangat hihihi. Hmmmm...rindu rasanya dengan masa-masa yang dah pun berlalu....

Candid. Senyum nampak gigi bawah 2 batang ^_^

Pinjam songkok abah..nak gi masjid katanya..

Rambut baru versi tembikai hihi

Time ni dah pandai senyum kat camera

Senyum-senyum tayang gigi

Rambut tembikai da tumbuh panjang jadi helmet kekekeke

Positive...anak mama akan dapat adik x lama lagi...

Semoga anak mama terus membesar sehat dan ceria. Dan semoga kehadiran adik nanti akan menambah lagi emosi gembira untuk kita semua. Mama & abah sayang Jia ^_^

Sunday, May 5, 2013

Testing...Testing...Helo...Helo...

Terima kasih belikan saya laptop tu...FYI, it is my first laptop. Memang dulu saya study amik course IT, tapi masa tu saya guna desktop saja. Dan bila  dah kerja, everytime saya nak beli laptop...mesti tak jadi. Ada saja alasan yang menghalang saya untuk beli. Mungkin dah tertulis...first laptop saya awak yang belikan hihihii

On my 29th bday ^_^

Terima kasih juga untuk bunga-bunga cinta itu...saya sangat menghargainya



MODE: Tengah test laptop baru...touch screen lagi...tarak tikus pon takpaa kekeke~~~

Thursday, May 2, 2013

A Song From A Fragile Heart

Recently, Geisha has become one of my favourite band. I do love their song...and of course their vocalist voice...sedap telinga mendengar okeh!! And today, I would like to share one of the band's song entitled Pergi Saja (macam emcee tengah buat announcement plak haha). Enjoy~~~







Monday, April 29, 2013

Sekitar PRU 13

Meh layan...

Bila cupcake berpolitik...cute hihi ^_^

Encik Roket...nak pegi mana tuuu??

Alaaa...ni saja yang ada buat masa ni. Nanti aku update lagi k~~

26-May-2013: Nampaknya saya malas mau update. LAIN KALI LAH~~~


Sunday, April 14, 2013

Daughter, Wife, Mother = Woman


Sedang aku meng'google'-'google', lalu terjumpa gambar nih. Lalu ku sharekan lah. Sumber ada kat watermark gambar tu. Sekian..... (^_^)

Friday, April 12, 2013

Paranoia

Arghhh...benci la perasaan nih!!! Seriously aku x suka. Tapi terjebak juga. Dengan status yang ada sekarang, aku x nampak apa perlunya add-meng'add' orang-orang yang x dikenali. Lain la kalau perkenalan tu membawa kebaikan...kalau setakat nak cari teman bersembang, berborak kosong, mengarut-ngarut x tentu pasal, citer poblem yang melanda di jiwa...aku kan ada??


Sekarang ni macam-macam aku rasa....marah, frust, sedih, down...semua perasaan negative lah bak kata pepatah...Mungkin korang nampak aku xde pape, dalam hati ni...?

Didorong oleh semua perasaan negative tu, aku dah block semua unwanted entities yang hadir secara x langsung dalam hidup aku. Please lah...aku x nak sebarang gangguan. Aku dah tua untuk melawan semua tu...dah x larat. Harap xde unwanted entity baru muncul mengganggu hidup aku lagi.

Sekian...

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13

Tarikh mengundi dah pun diumumkan siang tadi...5 May 2013, Ahad. Aduhh...terbayang-bayang pulak jammed kat PLUS yang bakal berlaku sempena PRU 13 nanti. Mesti berduyun-duyun orang balik ngundi nanti...highway penuh R&R penuh... Pastu nanti nak balik KL nanti pun mesti kena berhadapan situasi yang sama jugak....stress!!!




Apa-apa pun, selamat mengundi lah pada yang turun mengundi nanti. Undi dengan bijak yee. Pilihan anda penentu masa depan negara (^__^)Y



Tuesday, April 9, 2013

23 Mac Yang Lalu

Asalnya aku plan nak bawak housemate2 aku ni pegi bercuti. Dah lama rasanya x pegi jalan-jalan. Kebetulan pulak birthday one of them. So sambil celebrate birthday...sambil bercuti. Tapi atas sebab-sebab tertentu (dirahsiakan kekekeke), kitorang x jadi ke mana-mana. Sekadar bercuti di rumah sahaja...hukhuk T__T. Plan celebrate birthday tetap on!!!

Budak ni sibuk main susun-susun belon

Ohh...ada cake!!

Atas cake ada dinasour...hadiah dari si kecil ^_^

Da puas main belon, dia mkn cake pulak ^_^

Kali ni kami celebrate anak-beranak je. Next time inshaAllah kalau ada rezeki, nak jemput ramai skit...bak kata orang yang x berapa nak putih...the more the merrier hehe (^_^)

Happy Birthday Sayang. We love you!!


Monday, April 8, 2013

Entri Tanpa Tajuk

Ohhhh Emm Geeeeee~~~~ 
Da lama aku x update blog nih hahaha. Da berabuk bersawang!!!
Tu laa...nak buat camana...sebok manjang hukhuk.
Nanti lah ada masa aku update.
Ada cerita untuk di kongsi...
Tentang aku...dia...dia..dan dia... (auta saja hihi)

Oh yaa...terima kasih mr.abang sebab bawak ai tengok wayang tadi.
Pergi berdua...time lunch break (long lunch break :P)
Next time kita pegi karok pulak k...hohoho

Itu saja update untuk entri kali ni....