Thursday, November 15, 2012

Salam 1 Muharram 1434H

Dah masuk pun tahun baru bagi umat Islam.
Tahun baru...buku baru....
Harap amalan yang baik akan berterusan...
Amalan yang tak baik tu cepat-cepat lah ditinggalkan..

Semoga kita sama-sama berusaha menjadi insan yang lebih baik
Untuk diri, keluarga, masyarakat, agama...


Aku maafkan kamu
Harap kamu pun maafkan daku~~

Sunday, November 11, 2012

Bagai aku mendapat bunga ^___^

Ini bukan sebarang bunga...bunga datang dari Cameron...kehkeh. Dari siapa??? Hahaha...tentu la dari roommate ai ^__^. Ingat kan dapat jeruk stroberi je, rupanya dapat extra 14 kuntum bunga...sungguh surprise lah haha.

Pasu xde, letak dlm ni je la dlu~~


Saturday, November 10, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 3

Hari ke-3...kami check-out sebaik je breakfast.Malas nak patah balik hotel pas jalan-jalan. Kot2 la nanti nak jalan lama skit ke...xde la kelam kabut balik hotel semata-mata nak check-out. So, lokasi pertama yang di tuju ialahhh....jeng jeng :P

FishSpa @ Luanti
Cuaca baik masa kami sampai. Ikan-ikan pun da sedia menanti kehadiran kami untuk me'massage' kaki haha. Fee ada 2 type...fee untuk main kat tepi2 sungai & fee untuk berendam dalam sungai. Tapi aku x ingat berapa fee nya sebab bukan aku yang bayar haha...pastu ade timing dalam 15 minit per session. Dah macam fish spa kat kedai je huhu.
Sebahagian ikan-ikan yang menanti
Jinak...da macam kucing da haha

Hasil edit
Korang yakin ke yg banyak2
ni sume ikan...?? jengjeng :P

Dairy Farm
Next destination...jom tengok lembu pulak. Macam kat kampung xde lembu je kan hihi. Nak pegi ladang lembu tu kena mendaki bukit skit. Kitorang bawak naik myvi aritu...bole la naik pelan-pelan... ^_^. View cantik, tapi bau agak T___T la. Nama pun ladang lembu kan...x kan nak expect wangi macam ladang ros kot haha.
Posing sket hehee
Lautan lembu...moo~~~

Another view of the farm
Bukti da sampai ke sini ^_^

War Memorial Kundasang
Dari Dairy Farm, kami singgah kejap kat War Memorial Kundasang. Memandangkan cuaca agak kurang baik, x sempat la nak posing-posing bagai. Anak aku pun da tertido huhu. Tak lama pas round2...hujan turun mencurah-curah...waaaaaa!!!
Kat sini ada tercatat kisah tempat ni
A poem
Hujan berenti je, kami terus bertolak balik. Lambat gerak, lambat la sampai KK...

Wednesday, November 7, 2012

New Housemate.... Meow~~~

Introducing our new housemate...tadaaaa~~~ ^_^

Nama : Ji Hyo (sempena nama peserta running man feveret ku...haha)
Jantina: Gegurl
Umur : Unknown...
Family : Sebatang kara...sanak saudara x dpt di jejak lagi hukkk T__T
Tarikh jadi housemate: 4 Nov 2012

Alkisahnya...siang masa aku sekeluarga nk keluar jln2, aku nmpk ada la 2 orang budak ni macam tengah buat something fishy kat area peti2 surat. Tau diorang buat pe?? Diorang tengah sumbat sekor anak kucing masuk salah satu peti surat tu....dalam hati aku "iskk budak ni...ade buat kat anak kucing dia camtu..??! Mana mak kucing ni..?". Pas aku keluarkan anak kucing tu, aku terus masuk kete. Dengan harapan nanti mak dia datang cari dia.

Balik tu tengok-tengok anak kucing yang sama tengah berlegar-legar kat area tangga...pastu ngekor kaki kitorang. Lagi skali terdetik dalam ati aku "iskk...ni kucing tadi ni. Mana mak dia?" Huhu kesian tengok dia time tu. Mesti dari siang tadi dia tak makan minom huhuhuu... Last2 asben aku bawak masuk umah bagi makan bagi minom...

Sejak malam tu, anak kucing tu pun tinggal la dengan kami ^_^. Dan sejak malam tu jugak, dia dapat nama Ji Hyo~~~


Sunday, November 4, 2012

Dirikan Solat

Copied from Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood's facebook ^_^