Wednesday, October 31, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 2

Meh kita sambung cerita...

Hari kedua, lepas sarapan kami terus menuju puncak Kinabalu...actually pegi kat kaki gunung je pun haha. Cuaca agak x menentu...kekadang awan hujan lalu atas kepala buat kami risau program jalan-jalan terbantut.

Kinabalu Park
Jarak Kinabalu Park ni lebih kurang 7km je dengan tempat penginapan kami. Tiket masuk RM3 seorang. Boleh round naik kereta...tp kalau nak lagi feel, bole la jalan kaki. Taman ni agak luas...siap dengan penginapan, restoran & kedai gift/runcit untuk sesiapa yang nak bermalam kat sini, nak naik gunung atau saja2 datang ke sini (macam kami).

Must take pict here!!
Ada restoran

Laluan pejalan kaki
Gift shop pun ada
Main entrance


Poring Hot Spring
Dari Kinabalu Park, kami menuju pulak ke Poring Hot Spring. Jarak antara 2 tempat ni agak jauh...lebih kurang 39-40km. Dah penat berjalan, layan mandi air panas pulak. Anak aku excited sangat masuk dalam kolam ^_^

Kolam air panas open
Kolam air panas private

Kolam air x panas hihi
Tempat-tempat lain yg boleh dilawati


The next destination was Fish Spa at Kg. Sungai Luanti, which is about 20km++ from Poring Hot Spring. Sampai-sampai je tempat tu tutup...air sungai naik sebab hujan agak lebat tadi, ikan sume pegi menyorok (kot). Agak-agak hari ke-3 sempat x singgah ke sini?huhuuu....

Thursday, October 25, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 1

Haaa...mari aku nak cerita skit ^_^. Syawal yang lepas, aku berkesempatan jalan-jalan ke Kundasang. Alang-alang balik kampung kann...terus lah pergi bercuti hihi.

Kami sampai hotel just in time. Lepas check in, letak barang...terus ronda-ronda sekitar hotel & take pictures. Aktiviti hari pertama ni lebih banyak kepada berehat-rehat. Emmm...lagipun petang tu hujan, x boleh nak ke mana-mana. Haa ni ada skit gambar sekitar Kinabalu Pine resort untuk tatapan korang ^_^


Antara bilik yang ada kat Kinabalu Pine Resort
Mount Kinabalu...view from our room
Ada tempat lepak2 kat bawah cafe (ada orang dating hihi)
Ni tempat wajib orang amik gambar...
tp aku amik gambar kerusi je haha
Another view from our room

Emmm...ini personal review aku untuk tempat ni (lain orang lain pendapat):
- Tempat yang cantik, view pun cantik
- Tapi tempat parking kereta agak terhad...kena menapak skit (x keluar peluh pun, cuma kalau hujan leceh la skit hihi)
- Makan...bole makan kat sini. Ade cafe. Tapi nak makan luar pun bole. Ikut selera dan budget masing-masing.
- Bilik pulak, kalau ramai budak yang suka lari-lari, agak bising lah...sebab lantai kayu kan. Bilik yang kitorang tinggal tu kat blok R, agak kecil tapi cukup la untuk kami ^_^


OK la...setakat ni dulu. Nanti aku sambung kat entry lain pulak. Tata~~~

Tuesday, October 23, 2012

Fuhh...fuhhh....!!! Pergi kau habuk!!



Ahaaa...seperti yang ku jangka, akan sampai masa blog ni akan terabai serabai tanpa update haha. Whateverrr...busy woman macam ni lah. Nak mengupdate pun x menyempat kihkihh...

Semoga aku punya masa, ruang & idea untuk create entry seterusnya.