Sunday, December 16, 2012

Big Bad Wolf 2012

Nama event: Big Bad Wolf Sale
Tarikh: 7 hingga 23 Disember 2012
Masa: 9 pagi ke 9 malam
Lokasi: Mines Convention Centre
Maklumat lanjut di http://bigbadwolfbooks.com/

Semalam kami anak-beranak berkesempatan ke BBW. Jalan nak masuk memang jammed sangat-sangat!! Tambah lagi ada kereta yang suka potong-potong Q nih...aduhhh tensen sapa yang drive. Alhamdulillah, kami selamat sampai dalam pukul 130...cari parking pun tak lama. Masuk je dalam dewan, terus round cari buku. Memang banyak gila buku dalam tu. 

Emmm...personally, aku suggest sapa nak datang better tengok dulu web dia...tengok list buku apa yang ada. Buku yang aku cari kebanyakannya tak ada...sedikit sedih huhu. Tapi sesapa yang nak beli buku untuk anak-anak, novel cintan-cintun, buku masakan, tentang motivasi kewangan...bole la spend some time datang ke BBW. Harga yang ditawarkan memang murahhh.... ^_^ 

Hasil tangkapan...

Untuk si anak ^_^

Untuk mama & abah ^_^

Dapat penanda buku...tapi 1 je T__T


Pssttt: Kali ni x watermark kan images....photoshop x install lagi lepas lappie kene format T__T

Tuesday, December 4, 2012

m blogging guna fon saja

Haihhh....laptop asben king kong la pulak. Time2 aku rajin & ada masa ni la x bole nk update blog (kunun hihi). Ada 2 3 story aku nk share, tapi apakan daya hukhuk. Ni pun mujur bole blogging guna phone. X tau la camna hasilnya nanti...tunggu dan lihat je T__T. Nak blogging guna phone ni susah skit...mana nak edit2 gambar lagi..nk view dulu before publish lagi...nak itu ini lagi....haihhh bak kata pepatah, tak hendak seribu dalih...waaaaa

Semoga laptop laki aku tu cepat la sembuh dari penyakitnya...x sabar aku nak pinjam hehee.

Saturday, December 1, 2012

Jum Spegeti ^_^

Tak tau nak makan apa. Tengok-tengok kat dapur, jumpa sos prego dengan spegeti...minced chicken pun ade lagi balance aritu. Emmm....dinner makan spegeti je la. Kebetulan malam ni ada bola Malaysia lawan negara jiran, Indonesia. Tengok bola kat umah baru best hihii

Mula-mula buat sos spegeti dulu...sambil2 tu rebus spegeti.

Sos...Spegeti...bergabung....meletop!!! haha

Dah siap pun!! Makan sambil tengok bola. Laju diorang lari, laju jugak la spegeti tu masuk mulut haha. Tak habis 1st half, spegeti dah selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah.... Sambung tengok bola sambil minom teh-o pulak.

Pssstt: Siang tadi pegi MAHA semata-mata nak beli cik musang king. Puas hati huahahaha! Pastu pegi tempat lain pulak beli hadiah untuk pengantin baru...parking card hilang, kene penalty 20 hengget....iskk iskkk T__T.
Pssstt lagi: Hihii...ni 1st time aku watermark kan image kat blog aku. 

Thursday, November 15, 2012

Salam 1 Muharram 1434H

Dah masuk pun tahun baru bagi umat Islam.
Tahun baru...buku baru....
Harap amalan yang baik akan berterusan...
Amalan yang tak baik tu cepat-cepat lah ditinggalkan..

Semoga kita sama-sama berusaha menjadi insan yang lebih baik
Untuk diri, keluarga, masyarakat, agama...


Aku maafkan kamu
Harap kamu pun maafkan daku~~

Sunday, November 11, 2012

Bagai aku mendapat bunga ^___^

Ini bukan sebarang bunga...bunga datang dari Cameron...kehkeh. Dari siapa??? Hahaha...tentu la dari roommate ai ^__^. Ingat kan dapat jeruk stroberi je, rupanya dapat extra 14 kuntum bunga...sungguh surprise lah haha.

Pasu xde, letak dlm ni je la dlu~~


Saturday, November 10, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 3

Hari ke-3...kami check-out sebaik je breakfast.Malas nak patah balik hotel pas jalan-jalan. Kot2 la nanti nak jalan lama skit ke...xde la kelam kabut balik hotel semata-mata nak check-out. So, lokasi pertama yang di tuju ialahhh....jeng jeng :P

FishSpa @ Luanti
Cuaca baik masa kami sampai. Ikan-ikan pun da sedia menanti kehadiran kami untuk me'massage' kaki haha. Fee ada 2 type...fee untuk main kat tepi2 sungai & fee untuk berendam dalam sungai. Tapi aku x ingat berapa fee nya sebab bukan aku yang bayar haha...pastu ade timing dalam 15 minit per session. Dah macam fish spa kat kedai je huhu.
Sebahagian ikan-ikan yang menanti
Jinak...da macam kucing da haha

Hasil edit
Korang yakin ke yg banyak2
ni sume ikan...?? jengjeng :P

Dairy Farm
Next destination...jom tengok lembu pulak. Macam kat kampung xde lembu je kan hihi. Nak pegi ladang lembu tu kena mendaki bukit skit. Kitorang bawak naik myvi aritu...bole la naik pelan-pelan... ^_^. View cantik, tapi bau agak T___T la. Nama pun ladang lembu kan...x kan nak expect wangi macam ladang ros kot haha.
Posing sket hehee
Lautan lembu...moo~~~

Another view of the farm
Bukti da sampai ke sini ^_^

War Memorial Kundasang
Dari Dairy Farm, kami singgah kejap kat War Memorial Kundasang. Memandangkan cuaca agak kurang baik, x sempat la nak posing-posing bagai. Anak aku pun da tertido huhu. Tak lama pas round2...hujan turun mencurah-curah...waaaaaa!!!
Kat sini ada tercatat kisah tempat ni
A poem
Hujan berenti je, kami terus bertolak balik. Lambat gerak, lambat la sampai KK...

Wednesday, November 7, 2012

New Housemate.... Meow~~~

Introducing our new housemate...tadaaaa~~~ ^_^

Nama : Ji Hyo (sempena nama peserta running man feveret ku...haha)
Jantina: Gegurl
Umur : Unknown...
Family : Sebatang kara...sanak saudara x dpt di jejak lagi hukkk T__T
Tarikh jadi housemate: 4 Nov 2012

Alkisahnya...siang masa aku sekeluarga nk keluar jln2, aku nmpk ada la 2 orang budak ni macam tengah buat something fishy kat area peti2 surat. Tau diorang buat pe?? Diorang tengah sumbat sekor anak kucing masuk salah satu peti surat tu....dalam hati aku "iskk budak ni...ade buat kat anak kucing dia camtu..??! Mana mak kucing ni..?". Pas aku keluarkan anak kucing tu, aku terus masuk kete. Dengan harapan nanti mak dia datang cari dia.

Balik tu tengok-tengok anak kucing yang sama tengah berlegar-legar kat area tangga...pastu ngekor kaki kitorang. Lagi skali terdetik dalam ati aku "iskk...ni kucing tadi ni. Mana mak dia?" Huhu kesian tengok dia time tu. Mesti dari siang tadi dia tak makan minom huhuhuu... Last2 asben aku bawak masuk umah bagi makan bagi minom...

Sejak malam tu, anak kucing tu pun tinggal la dengan kami ^_^. Dan sejak malam tu jugak, dia dapat nama Ji Hyo~~~


Sunday, November 4, 2012

Dirikan Solat

Copied from Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood's facebook ^_^



Wednesday, October 31, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 2

Meh kita sambung cerita...

Hari kedua, lepas sarapan kami terus menuju puncak Kinabalu...actually pegi kat kaki gunung je pun haha. Cuaca agak x menentu...kekadang awan hujan lalu atas kepala buat kami risau program jalan-jalan terbantut.

Kinabalu Park
Jarak Kinabalu Park ni lebih kurang 7km je dengan tempat penginapan kami. Tiket masuk RM3 seorang. Boleh round naik kereta...tp kalau nak lagi feel, bole la jalan kaki. Taman ni agak luas...siap dengan penginapan, restoran & kedai gift/runcit untuk sesiapa yang nak bermalam kat sini, nak naik gunung atau saja2 datang ke sini (macam kami).

Must take pict here!!
Ada restoran

Laluan pejalan kaki
Gift shop pun ada
Main entrance


Poring Hot Spring
Dari Kinabalu Park, kami menuju pulak ke Poring Hot Spring. Jarak antara 2 tempat ni agak jauh...lebih kurang 39-40km. Dah penat berjalan, layan mandi air panas pulak. Anak aku excited sangat masuk dalam kolam ^_^

Kolam air panas open
Kolam air panas private

Kolam air x panas hihi
Tempat-tempat lain yg boleh dilawati


The next destination was Fish Spa at Kg. Sungai Luanti, which is about 20km++ from Poring Hot Spring. Sampai-sampai je tempat tu tutup...air sungai naik sebab hujan agak lebat tadi, ikan sume pegi menyorok (kot). Agak-agak hari ke-3 sempat x singgah ke sini?huhuuu....

Thursday, October 25, 2012

Apa ada di Kundasang? - Day 1

Haaa...mari aku nak cerita skit ^_^. Syawal yang lepas, aku berkesempatan jalan-jalan ke Kundasang. Alang-alang balik kampung kann...terus lah pergi bercuti hihi.

Kami sampai hotel just in time. Lepas check in, letak barang...terus ronda-ronda sekitar hotel & take pictures. Aktiviti hari pertama ni lebih banyak kepada berehat-rehat. Emmm...lagipun petang tu hujan, x boleh nak ke mana-mana. Haa ni ada skit gambar sekitar Kinabalu Pine resort untuk tatapan korang ^_^


Antara bilik yang ada kat Kinabalu Pine Resort
Mount Kinabalu...view from our room
Ada tempat lepak2 kat bawah cafe (ada orang dating hihi)
Ni tempat wajib orang amik gambar...
tp aku amik gambar kerusi je haha
Another view from our room

Emmm...ini personal review aku untuk tempat ni (lain orang lain pendapat):
- Tempat yang cantik, view pun cantik
- Tapi tempat parking kereta agak terhad...kena menapak skit (x keluar peluh pun, cuma kalau hujan leceh la skit hihi)
- Makan...bole makan kat sini. Ade cafe. Tapi nak makan luar pun bole. Ikut selera dan budget masing-masing.
- Bilik pulak, kalau ramai budak yang suka lari-lari, agak bising lah...sebab lantai kayu kan. Bilik yang kitorang tinggal tu kat blok R, agak kecil tapi cukup la untuk kami ^_^


OK la...setakat ni dulu. Nanti aku sambung kat entry lain pulak. Tata~~~

Tuesday, October 23, 2012

Fuhh...fuhhh....!!! Pergi kau habuk!!



Ahaaa...seperti yang ku jangka, akan sampai masa blog ni akan terabai serabai tanpa update haha. Whateverrr...busy woman macam ni lah. Nak mengupdate pun x menyempat kihkihh...

Semoga aku punya masa, ruang & idea untuk create entry seterusnya.

Monday, January 23, 2012

Semoga abang sihat selalu...

12 jam yang lalu, kami ke PCMC. Abah si kecil sakit2 kat area pinggang katanya. Sebelum tu da bawak pegi klinik dan dokter tu bagi antibiotik. Tapi sakit tetap x kurang. Kesian abah si kecil...sakit sampai x lena tidur malam dibuatnya.

Kat PCMC, pas cek urine sample, dokter cakap ade darah sket...huhuhu. Dokter bagi injection pastu suh rehat jap. Kesian abah si kecil...huhu

Si kecil: Abah, nanti balik umah teman Jia tengok katun e..
Abah: Oke sayang abah ^_^

Semoga abang sihat selalu...

Saturday, January 21, 2012

Koleksi Botol Susu

Akhirnya, aku da jumpa botol yang sesuai dengan si kecilku. Actually aku da berkira-kira nk berenti kerja sebab si kecilku ni memang reject botol susu. Tapi memandangkan aku da jumpa penawarnya, x jadi la berenti..hihi.

Botol pertama....mula-mula oke, pastu x mau pulak T_T

Pastu try tukar-tukar puting...x jalan T_T

Beli pulak botol ajaib ni...pun x berkesan T_T

Last skali try yg ni, MAM namanya...lancar je dia nyusu. Alhamdulillah...

Kek Batik

Percubaan ku kali ni agak menjadi...hehheh.

Bahan2:
250g butter (aku guna buttercup)
1/3 cawan susu pekat
2 biji telur
2 cawan milo
Biskut meri secukupnya

Mula-mula cairkan butter. Da cair, masukkan susu pekat dan kacau sebati. Pastu masuk telur, kacau lagi. Da sebati, masukkan milo dan gaul...gaul...gaul... Semua ni buat atas api perlahan tau. Last skali masuk biskut meri. Sejukkan semalaman dalam peti ais. Esoknya da bole makan...hihi.

Untuk tatapan umum (^_^)Y