Sunday, October 23, 2011

Jom ke Mc.D

To all mc.d lovers...!! Click the image below to get your coupon ^_^. And click here to go to mc.d website...

Saturday, October 22, 2011

Hari pertama di rumah kedua

Jumaat, 21-Okt-2011 - hari pertama kami tinggalkan si comel kat taska. Huhuu aku pulak yang rasa berat hati + sedih nak tinggalkan dia...ikutkan hati nak aje aku amik MC. Hati kurang senang sebab anak mama tu reject botol susu T__T

Tengahari aku keluar opis terus g taska...amik si comel bawak balik rumah. Dia macam blur-blur...diam je. Senyum x...nangis x...membebel-bebel x...tido pun x. Masuk rumah baru dia nangis uhukhukhukk...

Semoga anak mama ni cepat biasakan diri kat taska & bole terima susu dari botol susu...jadi mama xde la susah hati sangat

Tuesday, October 18, 2011

F for FULL

Alhamdulillah...akhirnya dah selamat di renew lesen P ku itu. Lega rasa bila urusan dipermudahkan :). Tak sampai setengah jam berurusan kat JPJ Bangi...sungguh pantas servis diorang. Mesra pun mesra...senyum je staf2nya...maybe sebab budget 2012 yang dibentangkan baru-baru ni kot hihi. Ruang menunggu pun selesa. Apa lagi nak puji ye. Satu pengalaman yang best untuk dikenang dan diabadikan dalam blog ku ini :p. So pada sesiapa yang ada urusan nak ke JPJ Bangi, bole la jenguk-jenguk peta lokasi kat bawah ni.



View Larger Map

"Lepas ni aku akan lebih berhati-hati ketika memandu. Nak jadi pemandu berhemah (konon hihi)".

Monday, October 17, 2011

Papa & Mama, jom ke expo!!

Sapa-sapa free 18-20nov 2011 ni, jemputla datang ke 2nd Maternity & Children Expo, bertempat di Midvalley Megamall. Ada pelbagai aktiviti disediakan untuk anda! Untuk keterangan lanjut, click je poster kat bawah ni..



"Hehe macam tuan rumah plak aku kan...datang beramai-ramai ye (^_^)"

Sunday, October 16, 2011

Her 1st play gym

Petang yang indah...jom ke Jusco..hehe.

"Emm...sayang, belikan yang ni untuk baby kite nak? Kesian dia xde benda nak tengok...asek tengok kipas je...". Ok, yang ni play gym namanya. Ada banyak jenis kat pasaran. Salah satunya yang ni lah..

"Abang, yang ni nak? Kaler terang-terang macam ni mesti baby suke (^_^)". Haa..yang ni nama dia "lady-bee" 2 in 1. Sebelah ladybird, sebelah lagi bee hihi. Lady-bee ni bukan sebarang lady-bee tau, dia ada muzik.


"Abang, yang ni pon nak jugak". Hahaa aku pulak yang terlebih excited. Yang ni nama dia mr.goat. Mr.goat ni pulak ade loceng kat dalam perut dia.

Balik rumah terus pasang play gym....siap gantungkan sekali lady-bee & mr.goat. Pastu letak si comel dalam tu. Saja nak tengok reaksi dia.
Dah siap!!
Ehh...Sapa ni??
Wachaa...dush dush!!
Yeay dapat mr.goat!!

Pssstt: Anak mama tetap suka tengok kipas...huhuu. Esok2 baru berminat dengan play gym dia tu kot...

Friday, October 14, 2011

Taska untuk anak mama

Waahhhhh...cepatnya masa berlalu. Next Friday aku dah kena masuk opis. Hati terasa sangat berat nak tinggalkan si comel Haziyah kat taska.

Oh..sebut pasal taska, sebenarnya plan awal nak hantar Haziyah ke rumah pengasuh...sebelah je dengan opis aku. Tp last minute bole pulak dia x nak amik. Aihhh...makcik ni da mendatangkan kemarahan. Kalo x nak amik, bole je kot tolak awal2..kan? kan? Hmmm berapi jugak mula-mula dapat tau, tapi xpe la. Ada hikmahnya.

Kelam kabut jugak la aku carik tempat nak tumpangkan si comel Haziyah ni time aku keja nanti. Fuuhhh....!!! Kalo bole aku memang nak tumpangkan Haziyah dekat-dekat dengan opis, so senang nak lawat time lunch break atau bila xde keja kat opis. Tapi buat masa ni semua pun full...hukhuk.

Cari punya cari, last-last jumpa satu kat area tempat tinggal. Pegi tengok-tengok 2 hari lepas. Tengok keadaan taska tu, ok la jugak. Bayi memang x campur...yang masih baby-baby macam Haziyah & meniarap tempat lain, yang dah merangkak & belajar berjalan tempat lain, yang dah pandai lari-lari tampat lain.

So, Jumaat depan bermulalah cabaran buat si comel Haziyah. Aduhhh...x sanggup rasanya aku nak berpisah dengan dia T__T. Semoga semuanya ok nanti.