Tuesday, August 30, 2011

Ohh...hari ni hari raya..!!!

Teringat saat2 gembira beraya di kampung. Biasanya malam sebelum raya tu la malam yang paling busy tolong mak masak2 & kemas2 rumah (last touch up kata org hehee). Malam ni juga la keluar segala bunyi-bunyian mercun..berlawan2 dengan kampung sebelah. Hmmm..kesian kucing2 di rumah tu sbb terkejut. Nasib baik teda sakit jantung kucing2 tu haha...

Pagi raya pulak, suma berebut mandi. Bilik air cuma satu...jangan la cuba2 jadi badak berendam, x pasal2 kang pintu bilik air tu kena kompang hahaa. Pastu siap2 pegi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Hmmm...time tu kekadang jumpa jugak la dengan kawan2 lama. Pas solat, balik rumah...salam2 ngan family, amik gambar, makan2 skit...plus sesi meng'collect' duit raya hihii. Then baru bergerak ramai2 untuk ziarah tanah perkuburan...

Berbeza dengan aidilfitri tahun ni. Aku beraya rumah family asben ku. Adat lah kalau da kawen kan..kena lah take turn. Raya kali ni bukan saja ditemani suami, tapi jugak baby kami yang baru berusia 10 hari ^_^. Memandangkan aku raya dalam keadaan berpantang, aku just pakai baju basahan plus kain batik..sempoi hahaa. Memang sengaja x beli baju raya tahun ni. X larat rasanya mo shopping raya time tengah sarat.

Raya dalam keadaan berpantang jgk membuatkan menu santapan pagi raya agak terbatas..hukhuk. Nasib baik mak mentuaku sediakan kurmak daging...bole la makan dengan ketupat hihii...thanks mak ^_^. Memandangkan x banyak aktiviti yang bole aku buat masa ni, aku menyibukkan diri mengira duit raya untuk baby ku. Wahhh...lumayan jugak duit rayanya...hasil pemberian atuk & nenek, pakcik makcik, sedara mara, kawan-kawan mama & abah...x lupa juga Mak Mah yang jadik tukang urut aku aritu...thanks sume (from baby ^_^). Mama nk mintak sket bole?? :p

Walaupun raya tahun ni berbeza, tp meriah dan cerianya tetap ada. Alhamdulillah...syukur sebab diberi peluang merasa raya dalam keadaan begini...x semua orang tau rasanya ^_^. Semoga aku bertemu lagi dengan Ramadhan & Syawal yang akan datang~~