Saturday, March 24, 2018

Ahli rumah yang baru

Tarikh: 17 feb 2018
Tempat: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Alhamdulillah. Hari bersejarah buat keluarga kecil kami, menerima kehadiran anugerah Allah. Kelahiran yang tidak diduga. Boderline prem. Lagi 2 hari nak cukup 37minggu. Satu pengalaman yang aku takkan lupa. Banyak cerita dipendam, banyak rasa yang tak terluah, banyak kisah terbuku dalam diri. Kalau rasa terbuka, akan ku kongsi juga di sini. Aku percaya ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.



Tiap kelahiran itu berbeza. Kita merancang dan Allah juga punya perancangan untuk kita. Alhamdulillah... Kami sayang kamu, Amir 😊🌷

Wednesday, March 21, 2018

Freezer kecil

Agak lama x berblog. Semalam dapat throwback notification dari fb, ada post dalam blog ni yg aku share. Rindu pula nak menulis semula. Menulis a.k.a merapu haha. Selain makan, tidur dan baking, menulis ni jadi macam satu terapi untuk aku.

Jadi harini nak tulis pasal freezer. Ada apa dengan freezer? Sempena meraikan production susu yang meriah, roomate aku hadiahkan freezer ni. Kecik je. Beli kat lazada. Peti ais kami dah tak mampu nak menampung stok ebm baby. Mana nak simpan lauk lagi, aiskrim lagi kan...





Alhamdulillah, moga production berterusan meriah 🎊🎉🎆

Sekian 😊

Monday, March 6, 2017

Kek Lumut by acik.yana

Korang pernah makan kek lumut x? Kalau korang nak tau, kek ni antara kek yg femes d sarawak. Tiap kali raya, ada saja rumah yang hidang kek ni. Kalau x jumpa kat rumah A, pegi rumah B C D E dan seterusnya hehehe ( A B C D E tu mewakili nama orang, sapa2 lah).

1st time aku makan kek ni masa raya kat rumah makcik aku. Rumah dia bukan kat Sarawak pun. Tapi dia bgtau, kek ni asal dari sana. So bila aku gugel, maka benarlah seperti yang dikata hehe. Mula-mula aku segan juga nak makan banyak, tapi tengok kazen-kazen aku selamba saja mkn smbil tgk tv beborak bagai, maka aku pun buat-buat selamba juga. Nak blend in kata org kahkahkah! Serius sedap weh!

Hari-hari biasa ni agak susah jumpa orang jual. Tapi sapa masih mahu merasa, boleh ke blog >> acikyana <<. Dia ada jual kek ni. Agak mahal tapi kalau tengok bahan-bahannya, memang mahal pun.Tapi sedap! Berbaloi dengan harga. Jangan korang ketagih sudah. Sedap weyhhh!

Warga sarawak tak heran pun dengan kek ni. Sekali lagi aku nak kata, sedap ok!


Friday, February 24, 2017

Pembahagi ruang a.k.a room divider/partition

Lama dah aku nak buat divider nih. Plan asal nak buat yang parmenant, tapi ada bantahan dari pihak sebelah. Pening aku...asik kena bantah je. Jadiknya, aku beli ni senyap-senyap. Kasi surprise saja sama dia hahahaha. 


Mudah alih...bole letak ikut suka
Aku jumpa divider ni kat blog. Stalk punya stalk...oh ada fb rupanya. Tapi both macam tak berapa nak updated. Aku rasa brader jual ni paling aktif update kat insta. Sapa ada insta bole la stalk situ (link ada kat akhir entry ni).

Aku memang purposely pilih design & kaler yang macam ni. Aku tak mau menonjol sangat. Ye la..tujuannya pun untuk tutup ruang dapur tu. Kang kalau menyerlah sangat, berduyun pulak orang lepak kat dapur mini aku tu hihi. Lagi satu, divider ni yang bestnya bole susun ikut suka. Agak-agak da bosan dia duduk tegak gitu, bole susun bentuk L ke...W ke... Nak pindah nanti pun takda hal, bole angkut sekali.

Dah ada divider ni, nampak kemas la sikit. Tertutup dari pandangan segala blender oven microwave rice cooker kat dapur tu haha. Puas hati dapat seketul benda ni!

Closeup. I like corak dia

Size divider ni 6 kaki tinggi x 6 kaki lebar. Tapak tu saiz dia 1 kaki. Sapa berminat, bole ke sini:
Blog: http://www.panji.my/
FB: https://www.facebook.com/dividerpartition
Insta: https://www.instagram.com/cheapest_deco/

Sekian iklan tak berbayar hehe.


Saturday, December 31, 2016

Bye bye 2016

Berjaya lepaskan diri dari belenggu hutang seperti yang dirancang hehe. Yang lain-lain tu, alhamdulillah biasa-biasa sahaja. Semoga tahun 2017 nanti terisi dengan momen-momen yang lebih indah.

Pendeknya entry. Macam status fb pula haha!


Wednesday, December 28, 2016

Dahlia

Anak aku nampak ada biskut dahlia dalam katalog tupperware. Lalu direquestnya sebalang. Emmm...best juga kalau dapat makan biskut ni. Nak tunggu raya lambat lagi. Jadi kena buat sendiri la jawabnya.

Hasil pencarian di fb, aku decide untuk try resepi dari kak Azlina Ina. Aku buat setengah adunan saja. Manatau tak jadi kan. Mudah saja rupanya. Seronok buat dengan anak-anak.

Sebelum dibakar

Sedang dibakar

Dah siap!!

Sekian. Next time buat lagi hehe


Monday, December 26, 2016

Akikah

Sentap pula hati makcik ni. Tu haa pakcik ngko nak buat akikah, tapi segala perancangan tak dibagitau pun ke makcik! Makcik tau pun sebab ada orang lain bagitau. Dari A sampai ke Z langsung tak bisik sikit pun ke makcik ni. Sibuk merencana dengan orang lain ibarat anak itu bukan anak makcik, makcik tak perlu tau apa-apa. What the hell ko pakciknya?!

Makcik tau la makcik ni tak keje. Duit kepuk kepuk kepuk kepuk 4x tu semua ekau yang punya. Tapi ko mesti ingat pakciknya, anak itu ana yang usung sana sini dalam rahim ana ni. Bukan sekejap. Melahirkan pun ana yang rasa, ente duk tepi tengok saje. 4 hari ana sorang-sorang berjaga di spital tanpa ente. Banyak lagi kalau nak diungkit...katalah aku tak ikhlas. Tapi kalau x diingatkan hang memang tak tau. Ibarat semua berlalu dengan aman-aman aja. 

Sekarang ni tinggal tunggu hari kenduri saja sebab semua pakcik ko dah plan baik punya. Tahniah la pakciknya.

Mungkin pakcik ko tu tak tahu, makcik ni dah lama berhajat nak buat sendiri kenduri akikah anak. Dari anak pertama lagi tahu tak pakciknya?? 

Gambar ihsan google.

Sekian drama sendu tengahari ni hehe. Jangan sentap-sentap yah. Sapa-sapa nak info tentang akikah, boleh tengok >> sini <<